Masih ingatkah anda kepada drama bersiri aksi popular yang bersiaran sekitar tahun 2000, iaitu Gegar-Gerak Khas?

Selain jalan cerita yang penuh dengan adegan mendebarkan, drama arahan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam itu turut membariskan pelakon tanah air yang hebat sehingga meninggalkan kesan kepada penonton.

Terbaharu, salah seorang pelakon drama berkenaan, Salina Saibi memuat naik satu perkongsian di TikToknya ketika menghadiri sebuah majlis makan malam bersama barisan pelakon drama tersebut.

Menerusi video berkenaan, dilihat majlis itu dihadiri oleh pelakon A Galak, Norman Hakim, Datuk Shahron Anuar, Farid Amirul, Dazrin Kamarudin, Erra Fazira, Sheera Iskandar dan beberapa lagi.

@salinasaibi

♬ original sound - SalinaSaibi82

Perkongsian tersebut juga melihatkan pelakon-pelakon itu saling berkongsi cerita dan bergelak tawa di antara mereka.

Sementara itu, di ruangan balas, rata-rata netizen turut mengimbau kembali aksi lakonan mereka menerusi drama berkenaan.

Malah tidak kurang juga yang tumpang gembira melihat majlis makan malam yang dianggap sebagai reunion Gerak-Gerak Khas.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 250 ribu tontonan dan 13 ribu tanda suka.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini (hyperlink: https://rancangan.gempak.com/gempak-most-wanted-2022).

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!