Ibu kepada usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim membantah tindakan anaknya yang mencanang kepada umum mengatakan dirinya penyanyi nombor satu negara di ruang komen Instagram penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi video di TikTok, Rozita yang sedang berdebat dengan Aliff berkata anaknya itu tidak layak untuk dibandingkan dengan Siti Nurhaliza yang sudah memenangi banyak anugerah.

“Mak tengok ada orang komen dekat media sosial yang kau kata ‘kenal tak saya, saya artis nombor satu’ dekat Siti Nurhaliza. Kau kenapa? Bodo*lah kau ini, nasib baik Siti tak kecil hati.

“Maaflah Siti, anak saya memang macam itu. Dia tahu kamu penyanyi nombor satu. Kau tak baik Syukri, orang menyampah dengan kau nanti. Kau tak malu ke?

“Kalau Siti, semua orang akui dan berapa banyak anugerah dia dapat, kau dapat anugerah apa? Kecaman sahaja,” katanya.

Pada video yang sama, Aliff tetap berkeras hati dengan mengatakan dia layak memegang gelaran berkenaan malah dia sempat berseloroh dengan mengkritik nyanyian Siti Nurhaliza.

“Tidak apa, awak (Siti) jangan takut, walaupun awak duduk belakang saya, saya tetap akan sokong awak. Suara awak sedap, cuma ada pitching lari sikit. Awak kena ikut macam saya punya suara,” ujarnya.

Bagaimanapun, enggan memanjangkan berdebatan dengan ibunya, Aliff akhirnya tampil memohon maaf kepada Siti dan mengakui silapnya kerana melukakan hati penyanyi kesayangan ramai itu.

“Siti Nurhaliza, saya minta maaf kerana tidak sengaja melukakan hati awak. Sekarang disebabkan mak saya dah marah, saya jadi dekat belakang awak la. Awak nombor satu.

“Saya serahkan saya punya anugerah saya kepada awak. Saya reda awak nombor satu. Saya minta maaf, saya janji tidak buat lagi.

“Awak ambillah balik nombor satu awak. Saya dah nombor dua, tidak apa la. Terima kasih Siti Nurhaliza,” katanya.

@butik.ashijab Dileksia Aliff Syukri susah ingat, susah menyebut satu perkataan, tp kompiden dia xboleh ajak bincang - Bonda ingat masa dia masuk kolej belajar bahasa english kat Taylor Collage, balik rumah dia mengadu yg cikgu tu xpaham2 *sy dah sebut dgn betul, tp cikgu tu yg salah - lepas tu kan Mak.. sy ajar cikgu tu cara sebut yg betul (cikgu ni mat saleh tau tak ) - Dia marah dan nak berhenti sekolah dia kata cikgu tu yg bodoh..!! Sy nangis gelakan cara dia explain pd sy, wahai Allah berikan anak sy ni kebaikan dunia - akhiratnya yg tak terjangkau dek akal sy membetulkannya Dia mudah sentap dgn sy, Sy xboleh cakap dia xpandai sekolah dia akn sakit hati.. Walau dia dapat result D atau G - dia tetap yakin menjawab pd sy mak ni ingat sy bodoh tengok subjek lain semua ok..!! Sy Pandang sudut baik dia, kelemahan dia sebenarnya ialah kelebihan pd dirinya - dan kami bertabah hati dgn kerenah dia sanggup usik @ctdk_official maaf sgt2 dia xbermaksud begitu sebenarnya ya Dato Siti Dia main2 je maafkan dia dato siti ya Kri ni pelawak dan selamba kalau sakat org - arwah Mak sayang sgt dia ni - dia suka kawan Makcik2 tua - sakat orang mmg hobi dia..!! #dileksia ##fyp #funny #bondarozitaibrahim #ibondarozitaibrahim #dherbsterlajaklaris #terlajaklaris ♬ original sound - BUTIK AS HIJAB