Laman Utama
[VIDEO] Shuk Sahar Mengaku Salah, Akan Dapatkan Keluarga & Kebahagiaan Semula - "Apa Pun Saya Sanggup"
Selepas mendiamkan diri selama empat hari, pengacara Shuk Sahar, 35, tampil mengakui kesilapan dirinya yang melibatkan isteri, Rossalennah Natassiah Asshaferah dengan wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.
Menurut Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, dia tahu bukan mudah untuk memulihkan hubungan menjadi seperti sebelum ini.
"Setiap orang malakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya.. Ye bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, tegas Shuk, dia akan melakukan apa sahaja demi mendapatkan semula keluarga tercinta.
"Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya!!" tulisnya lagi.
Menerusi perkongsian itu, pelakon filem Adnan Sempit 2 ini turut berkongsi momen dengan memuat naik video ketika bertemu dengan anak-anaknya.
"Ain.. Ain rindu ayah? Sayang ayah?," tanya Shuk kepada puteri sulungnya.
Pada Sabtu lalu, Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan Fara Salleh.
Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun terpaksa beredar dengan hampa.
Susulan isu itu, Shuk secara rasmi digantung perkhidmatannya menjadi deejay di stesen Hot FM berkuat kuasa pada Isnin (25 Januari 2021).
Shuk dan Rossalennah berkahwin pada 20 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy.
Must-Watch Video