Pelakon jelita, Rozita Che Wan akui akan memberi amaran kepada suaminya, Zain Saidin jika mahu bermain kayu tiga atau wujud 'penyondol' dalam rumah tangga mereka.

Kata Rozita atau mesra disapa Che Ta itu menegaskan dia tidak akan berkompromi sekiranya suaminya berlaku curang terhadap dirinya.

"Kalau saya, bagi amaran sekali sahaja, kalau curang dia boleh berambus (pergi) tak perlu jelaskan apa-apa lagi.

"Saya macam itu je daripada saya nak pening dengan siapa dia berkawan ke apa. Saya pun ada kehidupan saya sendiri jadi saya letak kepercayaan sahaja lah.

“Tapi kalau betul suami saya ada hubungan, saya tumbuk muka dia, bukannya tarik tudung (marah) perempuan itu.Suami yang gatal sebab jika kedua-duanya tidak sama naik, hubungan tersebut tidak akan menjadi.

“Jadi, kalau suami saya diganggu, saya akan marah Zain semula, bukannya naik hantu dengan perempuan itu,” katanya kepada Astro Gempak.

Che Ta ditemui di ketika Majlis Pelancaran Logo Kedai Emas, Angsa Emas Jewellery di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Che Ta juga tidak bersetuju dengan tindakan kaum isteri yang suka berkongsi masalah rumah tangga dalam media sosial.

Baginya, perkara tersebut seperti memalukan diri mereka sendiri sebagai kaum isteri.

“Sebenarnya saya tidak bersetuju tentang aibkan suami dalam media sosial.Ibaratnya, tepuk air dalam dulang tetapi akhirnya tepercik pada muka sendiri.

“Kalau ikutkan berdosa sebagai isteri, berdosa buka aib suami kepada umum, jika marah atau hendak berpisah, terus ke pejabat agama.

“Jika luahkan dan tuju kepada seseorang, belum tentu dia baca. Tanpa sedar, luahan yang dilakukan timbulkan fitnah kepada orang lain pula.

“Kalau marah suami, kenapa hendak beri 50 juta orang tengok? marahlah dia terus,” katanya lagi.

@astrogempak #GempakNews: Che Ta percaya pada Zain Saidin #GempakNews #SembangEntertainment #BeritaDiTikTok ♬ original sound - Gempak

Sejak kebelakangan ini, kemelut rumah tangga beberapa pasangan selebriti tanah air disebabkan kehadiran pihak ketiga menjadi topik perbualan ramai.

Antara rumah tangga selebriti tanah air yang menjadi tumpuan hangat ketika ini ialah Hafidz Roshdi, Puteri Sarah Liyana dengan Syamsul Yusof dan Bella Astillah bersama Aliff Aziz.