Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Video ‘Throwback’ Momen Shuib Bersama Siti Sarah Di Mekah Buat Netizen Rindu – “Sampai Hari Ini Tengok Balik Arwah, Air Mata Laju Saja”

Asyikin Mayudin
18/06/2024 01:55 MYT
Perkongsian pelawak Shuib yang memuat naik video mengimbau kembali momen ketika berada di Mekah bersama Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.

Momen Di Tanah Suci

Menerusi hantaran di TikTok, Shuib berkongsi momen ketika dia dan arwah bersama-sama menjejakkkan kaki di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.

Pada ruangan kapsyen, bapa kepada empat cahaya mata ini mengucapkan salam Aidiladha buat arwah isteri tercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Watie Terima RM5,000 Duit Raya Dari Shuib, Akan Bingkaikan Jadi Khazanah - "I Takkan Guna Sampai Cucu Cicit"

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Teringin Watie Masak Menu Raya Wajib Arwah Siti Sarah - “Kalau Boleh Nak Kuah Kacang & Rendang”

"Salam Aidil Adha, Siti Sarah Binti Raisudin. Al- fatihah,” katanya.

Luah Rasa Rindu

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa rindu terhadap penyanyi lagu Kesetiaan itu.

Dalam pada itu, warganet turut menitipkan doa dan membacakan surah al-Fatihah kepada Siti Sarah.

“Sarah satu-satunya artis yang meninggal aku nangis sampai ke hari ni. Amalan apa dia buat sampai ramai yang sayangkn dia.

“Kebaikan apa la arwah. Sampai hari ini tiap kali tengok balik arwah. Air mata laju saja. Syurga terindahlah untuk mu orang baik.

“Sarah. Kami rindu awak. Hari-hari saya akan stalk IG Sarah. Nak tengok posting lama dia. Al-fatihah buat bidadari syurga Siti Sarah Raissuddin,” antara komen wargamaya.

Imbas kembali, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsunya Ayash Affan.

Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 2011.

undefined
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.

Shuib kemudian mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap Urusan Dipermudahkan, Shaheizy Sam Kongsi Kisah Sebak Semasa Jalani Ibadah Umrah – “Termenung 5 ke 8 Saat Depan Hajarul…

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar Diri, Raffi Ahmad Banyak Solat Taubat Sebelum Tunai Haji

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Makkah, Warga Sulawesi Naik Haji Di Gunung Bawakaraeng Bawa Kambing

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Lantai Masjidil Haram Kekal Sejuk Walaupun Cuaca Sekitar Panas? Ini Sebabnya!

#Siti Sarah #Mekah #Umrah #Haji #Shuib #Sarah #Shuib Sarah
;