Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] TikToker Mek Yun Berdepan Detik Cemas Diekori Lelaki Warga Asing - “Sebelum Ini Sudah Lima Kali Kena…”

Asyikin Mayudin
27/07/2023 03:50 MYT
Baru-baru ini kecoh di laman sosial mengenai jurugambar wanita Acacia Diana mendedahkan dia diekori dan diganggu oleh seorang peminat ‘fanatik’ sejak 2016 sehingga kini.

Terbaharu, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Mek Yun pula berkongsi detik cemas apabila dia dan ibunya mendakwa diekori seorang lelaki warga asing di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok miliknya, Mek Yun Mek Yun atau nama sebenar Wee Yun Nee berkata dia mula berasa tidak sedap hati apabila melihat gerak-geri lelaki berkenaan amat mencurigakan.

"Lelaki menyeramkan tu ikut kami. Kami dah masuk tiga buah kedai dan dia masuk semua kedai. Dia macam acah-acah tengok barang tapi sebenarnya dia tengah ikuti kami," katanya.

Takut dengan situasi tersebut, ibu kepada Mek Yun memanggil pengawal keselamata namun, lelaki berkenaan melarikan diri sehingga tidak lagi dapat dikesan sejurus menyedari gelagatnya dirakam.

"Kenapa dengan sesetengah lelaki zaman sekarang ni? Tak boleh ke anda biarkan kami kaum wanita berjalan dengan tenang dan jangan jadi lelaki yang menakutkan?

"Sebelum lelaki ni lari dia berani datang dekat-dekat dan saya hampir nak bersemuka dengan dia. Ibu saya nak panggil pengawal keselamatan tapi bila dia nampak je saya tengah rakam muka, dia terus pusing semula dan blah laju-laju," ujarnya lagi.

BACA SINI: Jurufoto Wanita 8 Tahun Diganggu Lelaki Gila Seks, Kejar Sampai Ke UK - “Saya Lihat Alat Sulitnya Banyak Kali”

BACA SINI: “Buat Content TikTok Lain, Bila Berlakon Mencabar Sangat Sebab…”- Mek Yun

Bukanlah kali pertama berdepan situasi diekori lelaki tidak dikenali, Mek Yun turut menasihati golongan wanita agar segera melaporkan kepada pihak berwajib jika berdepan situasi sama.

"Saya sendiri sebelum ni sudah lima kali kena macam ni. Tolong berhati-hati ye para wanita. Dapatkan bantuan terus sekiranya anda alami perkara macam ni sendirian.

"Kalau nak berdepan (dengan suspek), pastikan anda berada di tempat awam atau berdekatan dengan pengawal keselamatan," katanya lagi.

undefined
#Warga Asing #Tiktoker #Mek Yun #Mek Yun cemas
;