Susulan video tular membabitkan suami Puteri Sarah, Syamsul Yusof dengan pelakon Kazar yang juga merupakan bapa kepada wanita didakwa kekasihnya, Ira Kazar di sebuah kedai barangan kemas, peguam Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan pihaknya akan meneliti rakaman tersebut terlebih dahulu.
Menurut Akberdin, sekiranya rakam itu didapati melanggar perintah interim injuksi yang dikeluarkan sebelum ini maka pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya.
“Saya baru difahamkan tentang klip tu, kita akan teliti dulu. Saya tidak mahu menghakiminya pada peringkat ini. Kena study terlebih dahulu sama ada dia telah melanggari perintah injuksi tersebut.
“Selepas itu barulah kita akan buat keputusan jika perkara ini menyumbang kepada penghinaan sebab injuksi itu bukan setakat kepada Ira seorang saja tetapi ajen-ajen dia serta orang-orang yang berkaitan dengan dia.
“Jadi jelas bapa dia mempunyai kaitannya dengannya. Kita akan study dulu. Kalau kita rasa ada pelanggaran perintah mahkamah, barulah pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Terdahulu, sepotong video yang viral di TikTok sejak semalam menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen terhadap hubungan sebenar antara pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Kazar.
BACA: [VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar
Menerusi video berkenaan, kelihatan Syamsul sedang merakamkan content (kandungan) untuk sebuah kedai emas dan berpura-pura ingin membeli barang kemas yang berada di sana.
Selain Syamsul, kelibat Kazar juga ada dalam video berkenaan. Dan hal tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Dalam perkembangan terbaharu, Ira perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan Puteri Sarah dalam tempoh sebulan.
Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Puteri Sarah, selaku plaintif selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad pada Isnin, 4 Julai 2022.
Dalam masa yang sama, Akberdin juga memaklumkan mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi.
Antaranya defendan (Ira) serta pihak berkaitan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa saja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.
BACA: Mahkamah Kekalkan Ira Kazar Tak Boleh Ganggu Puteri Sarah
Mya Amri
Tue Jul 05 2022


Mangsa Dakwa Lakukan S*ks Dengan R. Kelly Ratusan Kali Seawal Usia 15 Tahun
Penyanyi R. Kelly kini menjalani kes mahkamah buat kali kedua atas tuduhan melakukan pornografi kanak kanak dan beberapa kes lain berkaitan seksual.

Isteri Selamat Dibedah, Ramai Doakan Achey – “Semoga Dipermudahkan Semuanya”
Semoga dipermudahkan semuanya.

Sooka Original Series Ini Buat Rindu Zaman Sekolah, Ini Perangai Karakter Drama Kau Vs Aku
Drama Original siri sooka berjudul Kau Vs Aku merupakan adaptasi webnovel Wattpad karya Nurul Husnina Mockthar.

“Berhijab Tak Semestinya Tak Boleh Berfesyen” - Cantiknya Penampilan Ummi Nazeera & Abang Di KLFW!
Adik-beradik fesyen!

Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Rugi Lima Tiket Bernilai RM2,540 - “Memang Allah Tak Izin..”
Takde rezeki.

'Alat Muzik Lama' Didakwa Punca 25 Pelajar Sekolah Diserang Histeria
Semoga dipermudahkan.

Duit & Kerja Tak Ada, Amber Heard Ditawar Berlakon Filem Porno?
Nama Amber Heard dan Johnny Depp memang mendominasi ‘carta’ pemberitaan dari serata dunia sepanjang tahun ini.

Gara Gara Suntik Silikon Di Salon, Pelawak Ini Dipanggil Nenek Sihir
Pelakon dan pelawak veteran Indonesia, Mpok Atiek memang tidak pernah menyembunyikan fakta dirinya melakukan suntikan silikon pada wajah untuk kelihatan cantik.

Tiket Konsert Simfoni Mustika M Nasir 'Sold Out' Dalam 40 Minit!
Tiket konsert Simfoni Mustika M Nasir dan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang dijadualkan pada 26 November nanti habis dijual dalam masa 40 minit sebaik dibuka pada pukul 10 pagi Jumaat.
_2.png?ext=.png)
“Sebagai Penyanyi Nombor Satu Malaysia, Saya Rasa Saya Layak” – Aliff Syukri Impi Duet Bersama Siti Nurhaliza
Aliff Syukri lancar lagu baru lagi ke