Laman Utama

Mahkamah Kekalkan Ira Kazar Tak Boleh Ganggu Puteri Sarah

gempak
Mya Amri
04/07/2022
04:28 MYT
Sponsor Banner
Mahkamah Kekalkan Ira Kazar Tak Boleh Ganggu Puteri Sarah
Wanita yang didakwa kekasih kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Ira Kazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan pelakon Puteri Sarah dalam tempoh sebulan.
Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Puteri Sarah, selaku plaintif selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad pada Isnin.
"Mahkamah sudah arahkan pihak defendan (Ira Kazar) untuk memasukkan pembelaan dalam masa satu bulan.
“Jika perlu jawab kita (plaintif) akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Menurutnya lagi, mahkamah kemudian menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya.
Dalam pada itu, peguam itu juga memaklumkan mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi.
Antaranya defendan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.
"Pihak defendan tidak membantah dan perintah interim injuksi itu dikekalkan mahkamah," katanya.
Sebelum ini plaintif telah mendapatkan perintah interim injuksi tersebut.
Permohonan itu telah dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu dan telah diterimanya.
Sementara itu ketika ditanya, sama ada kes saman ini berkemungkinan akan diselesaikan secara baik, peguam berkata setakat ini kedua-dua pihak belum lagi ke arah itu.
"Sekiranya ada inisiatif (selesai cara baik) kita tengok dulu.
“Kita bukan arrogant, jadi asalkan tawaran itu logikal kita akan pertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Puteri Sarah)," jelasnya.
Selain Akberdin, peguam plaintif yang turut hadir dalam pengurusan kes itu ialah Siti Natasha Basheer Hassan dan Ummi Kartini Abdul Latiff.
Bagaimanapun dalam prosiding hari ini Puteri Sarah dan Ira tidak hadir, hanya mewakilkan peguam masing-masing.
Sementara itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan sebelum atau pada 4 Ogos ini.
"Saya sudah memasukkan dan menyerahkan kehadiran kepada plaintif dan hari ini mahkamah mengesahkan defendan (anak guam) telah melantik peguam dan kehadiran dimasukkan pada Jumaat lalu," kata Ammar.
Pada 30 Jun lalu media melaporkan Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor berhubung gangguan dan pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon vateran Kazar.
Kedua-dua tindakan tersebut dilakukannya hari ini sekali gus memerintahkan defendan (Ira) berhenti melakukan gangguan dan pemerasan terhadapnya di mana-mana platform media sosial atau
Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu berlarutan sejak empat tahun lalu selain Puteri Sarah mengesahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul gara-gara gangguan orang ketiga.
Puteri Sarah sebelum ini mendedahkan Ira berterusan mengganggunya dan Syamsul sejak tahun 2019 lagi.
Pelakon berkenaan juga mendakwa individu terbabit melakukan gangguan-gangguan tersebut dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu yang diciptanya.
Sebelum ini, tular dalam media sosial yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau itu sudah pun berkahwin dengan Ira, namun dinafikan Syamsul.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024