Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad, 29, menyatakan ini adalah kali pertama dia tergelincir selama empat tahun mengacara program secara siaran langsung (live).

Ketika dihubungi Gempak, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata kejadian malang itu berlaku ketika dalam segmen penaja.

Jelasnya, dia dikehendaki untuk berdiri di atas platform namun tidak bernasib selepas bergerak selangkah ke belakang.

"Dekat empat tahun saya mengacara secara live, tak pernah berlaku terpelecok. Saya tengah berdiri di atas platform, kemudian bergerak selangkah ke belakang lalu terjatuh.

"Untuk segmen penaja memang kami perlu berdiri di atas platform itu sebab ada produk di bahagian hadapan. Nasib baik tak terkehel dan tergolek sekali dengan meja," katanya.

Tambah pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa, dia bersyukur kerana berjaya mengawal situasi dengan tidak mengeluarkan kata yang tidak sepatutnya.

"Saya bersyukur sebab saya tak mencarut atau melatah yang bukan-bukan. Kalau terkeluar itu, memang aib," katanya lagi.

Sebelum ini, menerusi Instagram (IG) Uyaina ada berkongsi sepotong video ketika terjatuh selepas usai sesi temu bual.

"Kadang-kadang, shi*t terjadi ketika secara langsung. Kita gelak jelah huhuhu," tulisnya sebagai kapsyen.

A post shared by UA (@uyainaarshad)


Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut kagum dengan cara Uyaina mengawal situasi dengan baik.

"@umminazeera: Hahaha good cover up.

"@adrianaadnan: Hahahahahahahah Yana. Maaf saya tergelak alaaa kesiannya! Tapi tetap maintain ya selepas tu.

"@hanaalmauzah: Hahaha girl, saya ketawa. Tetapi awak mengatasinya dengan anggun. MasyaAllah!

"@ramonazamzam: Yana hahaha aloo kesian dia tapi kira awak okey la senyap ja, daripada yg termelatah hahaha," antara komen yang ditulis.