Minggu lalu nama Shuib menjadi bualan dengan kemunculan wanita mirip arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin bernama Emy Nur Faranizah.

Terbaharu, tular sepotong video Shuib bersama pelakon Zara Zya.

Dalam video berkenaan, Shuib dilihat menghantar Zara ke kenderaannya selepas selesai urusan perniagaan mereka.

Rata-rata netizen mendoakan dan merestui hubungan mereka andai lebih sekadar teman perniagaan.

"Kalau dieorang betul-betul jadi kali aku setuju.

"Haishhh, Kalau betul kali ni saya setuju. Sesuai juga kan kalau dieorang berdua ni.

"Haaaaa kalau macam ni satu Malaysia setuju.

"Kalau betul Shuib dengan Zara, ok aku suka.

"Wow bertuahnya lah kalau betul-betul mereka jodoh," antara gurauan wargamaya.

Video tersebut telah di muatnaik oleh Zara Zya di platform Tiktok miliknya semalam dan sehingga kini meraih 2juta tontonan.

Untuk rekod, arwah Siti Sarah Raisuddin telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 8 Ogos tahun lalu akibat jangkitan Covid-19 dan meninggalkan 4 orang cahaya mata.

@zarazyaofficial Sampai ke pintu dia hantar.. @shuibsepahtu #ZaraZyaOfficial ♬ original sound - Marbitter - Marbitter ??