Laman Utama

Viral Di TikTok, 89 Juta View Di YouTube! Lagu Bahasa Tagalog 'Pano' Nyanyian Zack Tabudlo Makin Mendunia

Amri Hassan
17/12/2022
11:54 MYT
Jika anda pengguna tegar media sosial, anda mungkin pernah mendengar sebuah lagu Filipina yang kerap diulang di pelbagai wadah digital.
Mula mencipta fenomena di negara asalnya, Filipina kemudian menular ke Indonesia dan akhirnya tiba di Malaysia, ‘Pano’ sebuah karya santai dari negara tersebut dendangan Zack Tabudlo nampaknya bakal menjadi sebuah hit di rantau ini.
Dari dulu lagi rakyat Malaysia sebenarnya mampu menghargai pelbagai lagu asing khasnya dari Asia berkat pendedahan kepada aneka produk budaya pop dari negara-negara jiran berdekatan. Dan ‘Pano’ merupakan bukti terbaru fenomena ini.
Irama berhantu lagu ini begitu mudah mencuri perhatian para pendengar sebaik sahaja ia diputarkan, malah akan diulang berkali-kali oleh mereka yang mendengar.
Keajaiban ‘Pano’ yang tidak dapat dijelaskan ini adalah contoh termudah bagaimana muzik Filipina begitu senang diterima di Malaysia.

Apa maksud Pano?

Kini menjadi kegemaran di TikTok, iaitu salah satu aplikasi media sosial paling popular di dunia, ‘Pano’ yang bermaksud ‘bagaimana’ dalam Bahasa Filipina nampaknya bakal menjadi tiket buat Zack Tabudlo untuk meraih lebih banyak peminat di luar negara kelahirannya.
Kini lagu tersebut sudah menjadi tular di Malaysia dan Zack sempat berkongsi harapannya untuk pendengar baru di sini.
"Saya berharap mereka akan mendengar lebih banyak lagu baharu saya di masa hadapan. Yang pasti lagu-lagu yang lebih menyeronokkan dari Pano dari segi gaya dan genre untuk mereka nikmati sambil berhibur," kata Zack.
Bakat Zack mula dikesan pada usia 10 tahun lewat sebuah rancangan realiti Filipina berjudul Talentadong Pinoy, kemudian Zack terus menggegar industri seni negara asalnya sewaktu menjadi peserta The Voice Kids Philippines.
Menyertai aneka pertandingan nyanyian telah mendorongnya untuk mencipta sebuah kumpulan nyanyian bernama Gravity, bersama-sama dengan beberapa para peserta yang lain.
Dengan Zack sebagai teraju utama, Gravity pernah melancarkan ‘Imposible’, sebuah lagu tentang cinta yang tidak berbalas dengan rentak yang sangat menghiburkan. Selain Gravity, Zack juga pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan duo remaja Zack and Fritz bersama bekas peserta The Voice Kids, Eufritz Santos.
Memulakan kerjaya muzik solonya pada tahun 2018, dia kemudian menceburi dunia penulisan dan penerbitan lagu selain membuat persembahan.
Pada tahun 2020, Zack menyertai Island Records Philippines dan terus mencipta identity sebagai seorang pemuzik profesional. Lagu-lagunya seperti Nangangamba, Cruel, Sigurado, Iyong Iyo, dan Elizabeth merupakan bukti dalam evolusi bakat penulisan serta penerbitan lagu yang dia miliki.
Malah, Nangangamba telah meraih lebih 87 penstriman sementara Sigurado menjangkaui 10 juta penstriman. Pada tahun 2021, Zack melancarkan lagu tular hitnya berjudul Binibini yang menaikkan lagi namanya.
Lagu ini menempatkan dirinya di carta teratas Spotify selama enam minggu berturut-turut, menjadikannya lagu yang menduduki tempat pertama paling lama oleh seorang artis RADAR Filipina.
Dengan lebih 112 juta penstriman di Spotify, Binibini juga menjuarai carta Global Viral untuk empat minggu berturut-turut. Spotify Philippines menobatkan Binibini sebagai lagu dengan penstriman paling tinggi untuk tahun 2021, dengan Nangangamba sebagai lagu dengan penstriman kedua tertinggi.
Zack juga melancarkan album sulungnya Episode dan single Pano di hujung suku 2021. Pano juga mendominasi tempat teratas carta Spotify untuk Sembilan minggu berturut-turut, memcahkan rekod Binibini yang mendominasi selama enam minggu.
Untuk tahun 2022, album sulung Zack “Episode” kekal selama 18 minggu di tempat pertama dalam senarai Album Mingguan Top Spotify di Filipina, dengan lebih 1 Bilion penstriman dan tontonan.
Biarpun hanya sebuah lagu cinta yang mudah, Pano yang melagukan kisah hati yang patah gara-gara kekejaman pasangan yang memutuskan perhubungan merupakan sesuatu yang dekat dengan peminat serta mudah dirasai menjadikannya sebuah hit serta-merta di kalangan pencinta muzik.
Malah, untuk membuat pemintanya lebih teruja, Zack juga mengumumkan di media sosialnya bahawa Pano sebenarnya adalah sebahagian daripada sebuah trilogy yang lebih besar.
Dia kemudian melancarkan sebuah muzik-video tiga bahagian berjudul PANO: THE TRILOGY untuk karya-karyanya yang bertajuk ‘Anghel,’ ‘Yakap,’ serta juara carta ‘Pano.’ Trilogi ini dibintangi Zack, bersama pelakon jelita Filipina Kira Balinger. Jalan ceritanya adalah tentang kisah cinta di antara dua watak mereka.
Sebagai artis yang kerap menentang kebiasaan, Zack teruja untuk memberikan lebih banyak kejutan buat para peminatnya.
Artis muda ini percaya bahawa walaupun dirinya masih berpijak di bumi yang nyata, dia tetap akan mengejar impiannya untuk menakluki dunia melalui muzik. Kerana buat Zack Tabudlo, “muzik sendiri adalah satu impian.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.