Pelakon drama Hati Yang Dikhianati (HYD), Isyariana merasakan penundaan siaran drama berkenaan sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) adalah jalan terbaik.

Menurutnya, perkara itu memberi manfaat dari segi keselamatan semua pasukan yang terlibat.

"Saya rasa penundaan siaran untuk HYD adalah jalan terbaik selepas pengumuman PKP 3.0, ia adalah untuk keselamatan semua pasukan yang terlibat dalam pembikinan drama ini.

"Seperti yang kita tahu virus COVID-19 merebak dengan lebih pantas tanpa mengira sesiapa.

"Jadi,penundaan siaran ini adalah untuk kebaikan kita bersama," katanya.

Dalam pada itu, Isyariana turut mengajak orang ramai mendoakan agar keadaan negara kita kembali pulih dan penggambaran drama itu dapat diteruskan semula.

"Walaupun siaran HYD tengah berada di pertengahan tapi insya-Allah kita doa yang baik-baik, supaya negara kita pulih daripada virus COVID-19 dan kita boleh kembali menjalankan pengambaran dan bersiaran semula," katanya lagi.

Menerusi laporan Gempak pada 4 Jun lalu, pihak Astro Prima mengambil keputusan menghentikan sebarang aktiviti penggambaran drama yang ditayangkan menerusi slot Tiara itu.

Keputusan tersebut dibuat susulan pelaksanaan PKP 3.O melibatkan sekatan pergerakan pada skala penuh bagi sektor sosial dan ekonomi yang dikeluarkan oleh kerajaan atas faktor keselamatan.

BACA: Kekangan PKP 3.0, Drama Hati Yang Dikhianati Terpaksa Direhatkan! Bakal Diganti Dengan Derita Untuk Bahagia Mulai Mulai 7 Jun Ini!