Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Vokalis Coldplay Chris Martin, Aktres Dakota Johnson Bertunang

Maliah Surip
08/03/2024 06:45 MYT
Vokalis Coldplay, Chris Martin dan kekasihnya aktres Dakota Johnson dilaporkan bertunang selepas tujuh tahun bercinta.

Martin, 47, didakwa telah melamar Johnson, 34, beberapa waktu lalu dan mendapat restu sepenuhnya daripada bekas isteri, Gwyneth Paltrow.

BERITA TRENDING: Kekasih Chris Martin, Aktres Dakota Johnson Tak Berfungsi Jika Tidur Kurang 14 Jam Sehari

Pasangan selebriti tersebut selama ini menjalani hubungan cinta mereka secara ‘senyap’.

“Martin dan Johnson bertunang beberapa waktu lalu dan memang merahsiakannya.

“Tapi sekarang mereka terbuka mengenainya (pertunangan) dengan rakan-rakan.

“Mereka bagaimanapun tidak terburu-buru untuk berkahwin. Mereka hanya sangat menikmati fasa baharu ini,” dedah sumber kepada The Mirror.

BERITA TRENDING: Dakota Johnson Ceburi Bisnes, Jual Produk Kesihatan Seksual Wanita Yang Inovatif

Sementara itu Johnson dalam satu temubual malah sempat menyifatkan dirinya seperti ibu tiri kepada dua anak Martin iaitu Apple, 19, dan Moses, 17.

“Saya menyayangi mereka seperti perlu bergantung hidup dengan keduanya,”kata Johnson.

Martin dan Dakota pertama kali dilihat bersama pada tahun 2017, setahun setelah vokalis tersebut bercerai dengan Paltrow.

PILIHAN PEMBACA: Kasut Chris Martin Jadi Dambaan Netizen, Peminat Cari Lubuk Asal! Rupa-Rupanya...
BERITA TRENDING: ​27 Tahun Penantian, Coldplay Rileks Perform Dalam Hujan & Terima Kasih Malaysia

#Hollywood #Tunang #Chris Martin #Dakota Johnson #Coldplay