Pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac berkongsi foto ketika Neelofa memberikannya hadiah beserta jambangan bunga.

Menurut Hans, foto itu diambil selepas sesi temu bual dalam program terbaru Next To Neelofa.

"Saya dapat bunga selepas ditemu bual, mesti saya dah lakukan yang terbaik," seloroh Hans.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata wargamaya seakan gembira melihat pertemuan Neelofa bersama Hans.

Malah, ramai juga yang mengusik mengatakan dua selebriti popular itu kelihatan sepadan bersama.

"Nampak sepadan sangat.

"Sama muka, jodoh kuat ni.

"Datuk...dah lama sangat ni, bagi lah cincin, kami semua restu.

"Muka kamu berdua iras sangat, semoga ada jodoh," tulis beberapa wargamaya.




Dalam pada itu, Hans tidak lupa mengajak orang ramai untuk menonton episod pertama Next To Neelofa yang akan mula disiarkan hari ini, jam 9.00 malam di Astro Ria.

Antara ikon lain yang turut ditemubual dalam program berkenaan adalah Puan Sri Tiara Jacquelina, Datuk Rizalman Ibrahim dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sama-sama kita nantikannya!

Don’t forget guys , Malam ni 9malam . Episode pertama #nexttoneelofa di astro ria. Congrats @neelofa and team.

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on