Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

Amri Hassan
17/10/2024 23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.

BERITA TRENDING: #GempakVideoNews : Aliff Aziz & Ruhainies Membisu Selepas Perbicaraan Kes Khalwat

Dalam hantaran di Instagram Stories, Ruhainies, 32, yang masih mengenakan tudung labuh yang sama dipakainya di mahkamah kelihatan teruja menerima pemberian bunga daripada individu yang tidak didedahkan identitinya.

"Come home to this“, tulisnya.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff Aziz hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding sebutan semula kes khalwat.

Mahkamah menetapkan dua hari iaitu 20 dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes khalwat dua pelakon tersebut.

BERITA TRENDING: Peguam Perjelas Sebab Aliff Aziz & Ruhainies Diam Membisu - “Kami Nasihatkan Mereka Untuk…”

Pada 3 Julai lalu, Ruhainies dan Aliff mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang berlaku pada 8 Mac lalu.

Kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang pada 20 Jun lalu.

BERITA TRENDING: Dikawal Dengan 3 Pengawal Peribadi, Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Semula Kes Khalwat

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies hangat menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
#pelakon #Viral #Aliff Aziz #Ruhainies #Mahkamah #Khalwat #Bunga
;