Sebuah filem pendek raya terbitan Gempak dan Astro Shaw berjudul Gerakan Serunding menjadi tular gara-gara aksi gaduh manja pasangan suami isteri Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

Menerusi laman sosial Instagram, teruja utamanya Sam memuat naik teaser filem pendek tersebut untuk tatapan umum.

“Tak sempurna la pagi raya kalau tak salam dan cium dengan orang tersayang kan.

Tapi kenapa Tilla macam tu sekali ek? Apa yang Sam dah buat? Tak kan sebab PKP ni?” tulis Sam sebagai kapsyen.


Istimewanya lagi filem pendek raya ini, proses penggambaran yang berlangsung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) melibatkan panggilan video semata-mata.

Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata pengikut terhibur melihat aksi suami sedaya upaya memenuhi permintaan isterinya.

Malah, ramai yang menyangka Tilla mengandung anak ketiga kerana mengidam serunding hasil tangan ibu.



“Aww, macam sweet je,” komen seorang wargamaya.

“Wah, Tilla mengandung lagi ke?” usik seorang wargamaya.

“Tilla dah muntah tu, mengandung lagi ke?” tanya seorang wargamaya.

“Mengandung baby PKP ke ni?” ujar seorang wargamaya lagi.



Gerakan Serunding mengisahkan Siti (Syatilla Melvin) dan Ali (Shaheizy Sam) menyambut Ramadan dalam suasana PKP, teringin untuk berbuka dengan juadah makanan istimewa hasil tangan ibu di kampung iaitu Serunding.

Dalam usaha untuk memujuk isterinya, Ali cuba untuk meniru juadah tersebut tetapi gagal dan membuatkan isterinya bertambah sedih.

Dalam kesulitan, Ali dapat idea di luar normal baharu demi mendapatkan serunding untuk membahagiakan isterinya. Apakah caranya dan adakah Ali akan berjaya?

Saksikan filem pendek berdurasi 6 minit, Gerakan Serunding kini di laman portal Astro Gempak.