Pelakon Tan Seri Michelle Yeoh mengejutkan ramai orang apabila memuat naik sekeping foto yang menunjukkan kaki seorang bayi, dipercayai milik anaknya.

BERITA TRENDING: Resepsi Simple Michelle Yeoh Di Ipoh, Tunai Janji Kepada Ibu


Menerusi hantaran di Instagram itu, Michelle mengakui berasa diberkati dengan kehadiran anaknya itu.

A post shared by Michelle Yeoh 楊紫瓊 (@michelleyeoh_official)


Sebuah keajaiban kecil di hari pertama tahun 2024. Kami benar-benar diberkati. Tak terkata betapa bahagianya saya atas kebahagiaan yang sangat istimewa ini,” tulisnya ringkas.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya mengucapkan tahniah. Namun, ada segelintir yang terkejut, memandangkan Michelle tidak menunjukkan tanda-tanda pernah hamil sebelum ini.





Michelle mengumumkan perkahwinan dengan Jean Todt pada Julai tahun lalu.

BERITA TRENDING: Michelle Yeoh Berkahwin Selepas 6,992 Hari Kenali Tunang​