Hiburan
Wajah Tak Cantik, Jeon So Min Menangis Disuruh Buat Pembedahan Plastik
Pelakon dan anggota Running Man, Jeon So Min mendedahkan pihak pengurusannya pernah mencadangkan dia melakukan pembedahan plastik kerana wajah yang kurang cantik.
Mengimbas kembali momen tersebut, So Min memberitahu pada ketika itu dia sudah pun bertemu dengan pakar pembedahan kosmetik untuk mendapatkan nasihat mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, So Min menjelaskan dia tetap dengan pendirian untuk mengekalkan wajah aslinya.
“Saya menerima begitu banyak kritikan dan juga komen mengenai wajah saya. Antaranya mereka menganggap saya tidak sesuai menjadi pelakon kerana tidak memiliki wajah yang cantik.
“Jadi saya pergi ke pusat pembedahan plastik selepas pihak pengurusan memberi cadangan tersebut.
“Disebabkan saya terlalu muda pada ketika itu, perasaan takut mula menguasai diri dan saya bertindak melarikan diri sambil menangis.
“Akhirnya saya tidak melakukan pembedahan tersebut,” jelasnya.
So Min berkongsi cerita tersebut ketika menjadi tetamu jemputan dalam program bual bicara ‘Life Bar’ yang disiarkan menerusi saluran tVN baru-baru ini.
Sumber: Soompi / Allkpop
Must-Watch Video