Hiburan
"Walau Berkali-Kali Dihancurkan Hatinya ..." - Joy Revfa Kagum Dengan Sikap Matang Bella Astillah Urus Rumah Tangga
Usahawan kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin kagum dengan ketabahan pelakon dan penyanyi Bella Astillah dalam menghadapi rintangan rumah tangga.
Menurut Joy, Bella seorang yang pemaaf walau diduga dengan berbagai kontroversi yang melibatkan suaminya, penyanyi Aliff Aziz.
"Kagum dengan wanita seperti @bellaastillah. Kecil comel sangat orangnya dan bicara pun lembut sangat masyallah.
"Sifat pemaafnya sangat tebal. Walau berkali-kali 'dihancurkan' hatinya, dia tetap memaafkan dan melupakan sikap suaminya yang dulu," tulisnya di Instagram.
Umum mengetahui mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun itu berkecai apabila suaminya itu didakwa kerap berlaku curang bersama wanita lain.
Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac tahun lalu selepas beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.
Dalam pada itu, dedah Joy pasangan ini sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik terutamanya dalam bab agama.
"Syukur Alhamdulillah, hidayah Allah swt tetap hadir untuk bahagiakan pasangan ini malah dikurniakan cahaya mata kedua.
"Syukur, dalam diam mereka berdua tetap beristiqamah dan berusaha untuk mendalami ilmu agama. Doa kak Joy dan kami semua sentiasa untuk Bella, Aliff dan keluarga. Amin ya rabb," tulisnya lagi.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia tiga tahun.
Bella kini sedang sarat hamil dan dijangka bersalin pada bulan Julai.
Must-Watch Video