Umum mengetahui yang penyanyi Aliff Aziz telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza Musim Kelapan malam semalam.

Tidak hanya penonton dan peminat meluahkan ucapan tahniah, pelakon popular, Jasmin Hamid turut berbuat demikian.

Menerusi kemas kini di Instagramnya, Jasmin dilihat memuji keteguhan hati Bella Astillah yang sentiasa berada di sisi suaminya susah dan senang.

Menurut Jasmin, ketika ramai yang memandang hina pada Aliff, Bella pula tidak pernah patah semangat dan sentiasa sabar dalam menghadapi dugaan.

BACA: Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza 8, Kaut RM100,000

“Doa isteri adalah mustajab. Tangisan gembira seorang isteri yang sentiasa menjadi pendorong pada seorang suami untuk terus maju dan berdiri tegak.

“Walaupun satu ketika, ramai yang pandang hina pada suaminya kerana kekhilafan suaminya, namun beliau tidak pernah patah semangat dan sabar.

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)


“Tetap berikan peluang pada si suami untuk perbaiki diri dan perkahwinan mereka. Inilah ganjaran dari Allah di atas kesabaran, pengorbanan dan kesetiaannya terhadap suami tercinta.

“Rezeki, jodoh dan ajal maut adalah rahsia Allah. Syukuri nikmat-Nya… Alhamdulillah. Tahniah Aliff Aziz dan Bella Astillah. Allah Maha Baik,” tulisnya.

BACA: “Kalau Allah SWT Nak Pilih Orang Lain...” - Bergelar Juara GV8, Aliff Aziz Hilang Kata-Kata! Anggap Kemenangan Sebagai...

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Jasmin turut berkongsi perspektif yang sama terhadap pasangan tersebut.

Kelihatan selebriti Fauziah Nawi dan Raja Azmi turut meninggalkan ucapan tahniah buat Aliff dan juga Bella.

Menerusi kemenangannya, Aliff membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, penyanyi Nikki Palikat selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 beserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula milik Suki Low membawa pulang RM30,000.

Tempat keempat pula menjadi milik Adibah Noor dengan hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dan tempat kelima Azan Scan (RM15,000) manakala keenam pula menjadi milik Aweera (RM10,000).



***GEMPAK MOST WANTED datang lagi. Jangan lupa undi artis kesayangan anda dengan klik pada banner atau link ini.