Bergelar juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz secara jujurnya tidak menjangkakan kemenangan tersebut.

Aliff sebaliknya lebih bersyukur dengan apa yang telah disusun Allah SWT sepanjang 10 minggu dia memasuki GV.

“Semua orang sudah buat terbaik, saya sangat gembira. Bersyukur kepada Allah SWT kerana telah susun jalan ini untuk Aliff,” katanya.

Tambah Alif, dia juga seolah hilang ‘kata-kata’ sebaik mengetahui keputusan yang diumumkan.

“Bukan Aliff nak kata saya hebat ke tak, if Allah nak pilih orang lain boleh saja. Ramai lebih hebat.

“Aliff hanya buat terbaik, mungkin rezeki saya hari ini lebih sikit, Wallahu A'lam.

“Alif tak sangka, saya hilang kata-kata,” katanya.

Sekadar info, malam semalam, Aliff, 31, menewaskan lima peserta lain menerusi mempersembahkan lagu Sampai Syurga secara solo dan lagu Dealova duet bersama Hafiz Suip.

Manakala segmen battle, Aliff berentap bersama Aweera menerusi lagu Bangun (Aman Ra).

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Penyanyi Nikki Palikat selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 berserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula milik Suki Low membawa pulang RM30,000.

BACA : Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza 8, Kaut RM100,000