Aktres popular, Datin Seri Umie Aida akan sentiasa menghargai bakat penyanyi Anuar Zain meskipun zaman bersilih ganti.

Bagi Umie, nama Anuar Zain akan sentiasa utuh dalam industri hiburan tanah air.

"Menghargai bakat yang ada pada @anuarzainnetwork dari dulu kini dan selamanya.

"Walaupun zaman berganti tapi namamu tetap utuh di persada seni tanah air," tulis Umie sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Umie meninggalkan respon positif, rata-rata mereka memuji bakat besar yang dimiliki Anuar mahupun Umie.

Tidak berdiam diri, Anuar turut meninggalkan ucapan terima kasih kepada teraju utama filem Dukun itu.

"Alhamdulillah dan terima kasih," tulisnya ringkas di ruangan komen.

Menghargai bakat yang ada pada @anuarzainnetwork dari dulu kini dan selamanya. Walaupun zaman berganti tapi nama mu tetap utuh di persada seni tanah air. ?

A post shared by umieaida ?? (@umieaida9) on


Sekadar info, Anuar mulai aktif di industri hiburan tanah air pada sekitar tahun 1985 ketika usia remajanya, manakala Umie pula menjejak kaki pada tahun 1991 menerusi bidang lakonan.

Kedua mereka berjaya mengekalkan populariti sehingga kini.