Hiburan
Wan Sharmila Paksa Diri Tengok Lakonan Sendiri
Pelakon Wan Sharmila, 39, menyatakan dia akan memaksa dirinya untuk melihat semula hasil lakonan sebelum ini.
Menurut Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala, dia akan memperbetulkan segala kekurangan yang tidak nampak ketika penggambaran.
"Saya bukan nak kata suka tengok. Kalau ada masa memang terpaksa kena tengok.
"Sebab saya nak kena betulkan. Yang mana terkurang dan terlebih tu supaya nanti tak berulang lagi.
"Masa penggambaran memang tak boleh tengok semula walau sedikit sebab mereka nak cepat," katanya kepada Gempak.
Sementara itu, pemilik nama Wan Sharmila Wan Muhamed akui masih banyak yang perlu dipelajari walaupun sudah aktif berlakon sejak tahun 2005.
"Dia bukan lakonan sahaja, cara kita berhadapan dengan kamera pun penting juga. Gerak badan kita.
"Saya memang kena belajar balik semua tu," katanya lagi.
Must-Watch Video