Hiburan

Wanita Ini Bantu Pakcik Kumpul Duit Untuk Pembedahan Mata, "Saya Rasa Kongsi Di Twitter Adalah Jalan Paling Cepat ..."

Zulaikha Yusof
27/10/2020
07:43 MYT
Seorang wanita, Nur Iylia Malek akui terharu melihat kegigihan seorang warga emas, 75, yang berniaga menjual lepat pisang demi untuk mengumpul wang bagi melakukan pembedahan mata.
Katanya, simpanan pakcik itu masih belum mencukupi dan memerlukan ribuan ringgit.
"Saya pernah beli sebelum ni cuma tak pernah borak. Tapi satu hari tu rasa nak sembang. Sebab nak belikan untuk staf sekali. Jadi beli lah banyak terus.
"Saya puji cakap pakcik masih berniaga walaupun umur dah lanjut. Pakcik bagitau nak kumpul duit untuk pembedahan mata.
"Pakcik ada penyakit kencing manis, mata (penglihatan) dia dah tak nampak sangat.
"Simpanan pakcik baru ada dalam ratusan ringgit. Nak kumpul sampai 3,000 atau 5,000 ribu lagi, tak berapa jelas sangat masa ni.
"Jadi sebab itu saya rasa kongsi di Twitter adalah jalan paling cepat untuk bantu pakcik ni," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah wanita yang berumur 28 tahun itu, dia pernah melihat kejadian di mana khemah gerai pakcik hampir terbalik gara-gara hujan lebat.
"Ada sekali tu, hujan lebat, nasib baik ada orang tolong pegang khemah kalau tak nak terbalik dah. Masa itu saya sebak dah.
"Saya pun berniaga tapi secara atas talian. Jadi bila pakcik cerita struggle dia nak buka khemah, duduk hujan panas, rasa macam Allah bersyukurnya saya.
"Bila kita bantu small business macam ni, insya-Allah kita bagi semangat untuk mereka teruskan perniagaan," katanya lagi.
Selain lepat pisang, pulut udang juga turut dijual yang merupakan hasil air tangan isteri pakcik.
Tweet yang dimuat naik pada 23 Oktober lalu telah mendapat lebih 5,000 kicauan (retweets) dan hampir 4,500 tanda suka (likes).
?Jitra, tepi hospital Jitra. pic.twitter.com/3RRNWDFIYm— Nuriyliamalek ?? (@nuriyliamalek) October 23, 2020
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.