“Wanita Kena Belajar Rasa Suami Itu Bukan Kita Yang Punya” – Amy Mastura
Para Isteri Harus Bersedia
Menurut Amy, 53, dia berkata setiap wanita harus bersedia menyiapkan diri kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang.
"Bukan senang nak rasa begitu (suami bukan hak milik), tapi realitinya begitu. Tiada apa-apa dalam dunia ini bukan kita punya.
"Tapi, bila kita merasakan yang suami itu memang kita punya, datanglah rasa dia hanya milik kita seorang saja.
“Kenapa kita kena rasa begitu (suami bukan kita punya) sebab realitinya dia akan tinggalkan kita. Kalau tidak 'orang lain' yang ambil, Tuhan akan ambil," katanya kepada Gempak.
Amy ditemui pada sidang media drama lakonannya iaitu Berbahagi Suami di The Fleur, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Suami Ada Hak Buat Pilihan
Tambah pelantun lagu Jawapan Kasih itu, dia juga berpendapat setiap suami juga ada hak untuk membuat pilihan manakala isteri pula harus bersedia.
"Nak buat macam mana? Kalau kita rasa dia (suami) sangat kita punya, kita nanti yang susah nak melepaskan. Bila katakanlah kalau orang ambil suami kita, mesti kita meroyan sebab dah tetapkan itu kita punya.
"Saya cakap begini, bukanlah bermakna saya sendiri pun sudah bersedia yang suami itu bukan kita punya, tapi kita manusia kan dan perlu sedia berusaha ke arah itu.
"Saya juga tiada pengalaman lagi (suami berpoligami), tapi saya rasa kalau kita anggap suami bukan kita punya sekurang-kurangnya kita ada ruang merasakan suami itu ada hak memilih," katanya.
Tak Perlu Sorok, Boleh Bincang
Dalam pada itu, Amy turut berpesan kepada golongan suami agar tidak menyorokkan sesuatu di belakang isteri.
"Golongan wanita dan isteri sebenarnya amat memahami. Sekiranya mahu (poligami), beritahu untuk sama-sama berbincang. Jangan buat sorok-sorok, sebab itu yang isteri tak boleh terima," ujarnya lagi.
Untuk info, drama Berbahagi Suami yang menampilkan pelakon seperti Amar Baharin, Siti Elizad, Sharifah Husna, Amy Mastura dan ramai lagi tu kini ditayangkan di Astro Prima jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.