Sungguhpun banyak dalam kalangan netizen memperkatakan tentang kecantikan majlis pernikahan antara Bunga Citra Lestra atau BCL dan pasangan pilihannya, Tiko Aryawardhana, tetapi, masih ada yang mengungkapkan kisah-kisah kurang manis pasangan pengantin baharu itu.

BERITA TRENDING: Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”

Selain isu after party dan jenis minuman yang diminum ketika acara berkenaan, nama BCL sekali lagi panas dek dakwaan pengguna media sosial yang mendakwa penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu pernah melampiaskan rasa marahnya di tempat awam gara-gara berebut makanan.

Lebih mengejutkan, BCL didakwa tidak segan mengamuk ketika sedang bersama Tiko, yang pada waktu itu masih belum bergelar suaminya.



“Selamat bernikah buat Kak Unge (panggilan manja BCL) tapi saya tidak akan lupa kami pernah berebut mihun di Dharmawangsa.

“Ketika makan di restoran Korea itu, dia sedang makan sama calon suami ini dan keluarga (tak tahu keluarga dia atau keluarga Tiko), macam ada yang sambut ulang tahun kelahiran agaknya.

“Saya memesan Japchae, dan ketika Japchaenya sampai, BCL tiba-tiba cakap dengan nada yang agak keras ‘Kenapa mereka dapat dulu?’” ujar individu tersebut.

BCL kemudian beberapa kali mengadu tentang masalah tersebut, dan dia dikatakan tidak peduli jika restoran itu bersaiz kecil sehingga aksinya pasti menjadi sorotan semua pengunjung.

"Dia berdiri menjeling ke arah Japchae kami sambil menjelaskan bahawa kumpulannya sudah selesai makan, tetapi Japchaenya tidak datang. Saya rasa macam nak bagi dia mihun yang saya dapat. Tapi dah masuk mulut dua suap.

“Bayangkan 5 hingga 15 minit makan Japchae sambil ditenung BCL dan runut bunyi merdu yang dimainkan bukan ‘Sunny Sunny’ tetapi ‘Puan, kenapa mereka dulu?’’ yang diulang berulang kali. Ketika itu, saya menangis, mengunyah tapi tak tertelan,” tutupnya.

Sumber: Platform X