Laman Utama

“Wanita Mengandung Perlu Dapatkan Suntikan Vaksin COVID-19 Secepat Mungkin” - Dr Amalina Che Bakri

gempak
Azwa Rahman
11/08/2021
06:49 MYT
Sponsor Banner
“Wanita Mengandung Perlu Dapatkan Suntikan Vaksin COVID-19 Secepat Mungkin” - Dr Amalina Che Bakri
Pelatih pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri menggalakkan ibu hamil untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dengan segera.
Menurut Amalina, kajian menunjukkan ibu hamil yang telah menerima vaksin mendapat perlindungan dan berisiko lebih rendah untuk mendapat jangkitan COVID-19 berbanding mereka yang tidak divaksin.
“Kepada ibu mengandung, saya menggalakkan anda untuk mendapatkan vaksin COVID-19 secepat mungkin.
“Kajian menunjukkan mereka yang mendapat jangkitan COVID-19 semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk (severe illness) dan meningkatkan kemasukan ke hospital berbanding mereka yang tidak mengandung dan risiko lebih tinggi untuk ‘preterm and stillbirth,” tulisnya di ruangan Instagram.
Tambahnya lagi, vaksin adalah selamat untuk ibu hamil dan bayi yang berada di dalam kandungan.
Vaksin juga tidak menyebabkan masalah kesuburan serta tidak meningkatkan risiko keguguran.
“Pakar mengatakan wanita mengandung perlu melengkapkan dua dos sebelum melahirkan atau sebelum masuk trimester ketiga kerana ini adalah peringkat yang paling genting di mana risiko paling tinggi adalah pada trimester ketiga.
“Ibu mengandung tidak kira gestation age digalakkan untuk mendapatkan vaksin kerana risiko yang lebih tinggi kepada mereka.
“Di Malaysia, anda boleh berbincang dengan pakar Obstetrik dan Ginekologi, bincang manfaat dan risiko. Sekiranya anda mahu divaksinasi, boleh dapatkan surat daripada pakar O&G untuk diberikan kepada pusat vaksin sekiranya anda bukan berada di dalam gestation age 14 - 33 minggu,” jelasnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menyokong saranan Dr Amalina itu dan berterima kasih padanya yang berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada golongan ibu hamil.
Thank you for this. A lot of pregnant mothers will benefit from this,” kata Marion Caunter.
Tq so much for this info doc. Good sharing,” komen seorang wargamaya.
Yes, harap sangat kita boleh start vaksinkan ibu hamil tanpa mengira gestation dengan segera,” sokong seorang wargamaya.
Saya senang hati melihat Dr berkongsi perkara ini. Sebab ramai wanita takut dengan kesan daripada vaksin. Harap akan ada kempen yang lebih besar untuk para ibu hamil ini tidak teragak-agak mengambil vaksin,” ujar seorang wargamaya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live