Kehidupan berumah tangga sememangnya memerlukan kerjasama daripada pihak suami dan isteri bagi memastikan hubungan antara satu sama lain sentiasa bahagia dan berkekalan.

Bagaimanapun, persoalannya adakah pihak lelaki perlu menyediakan segalanya tanpa pertolongan daripada pihak wanita dalam rumah tangga? Atau pun masing-masing perlu memainkan peranan dan saling bantu-membantu dalam menjayakan hubungan tersebut?

BERITA TRENDING: Wanita Ini Kahwini Lelaki Gay Sebab Nak Tutup Mulut Keluarga – “Aku Tahu Je Dia Gay Dari Awal Lagi”

Berikutlah pendapat kontroversi yang disuarakan oleh wanita di Platform X apabila dirinya menyatakan ketidaksetujuan setelah lelaki yang ingin dinikahi meminta pertolongan membayar duit rumah dengan nisbah 50:50.

“Bayangkan kau nak kahwin jadi lelaki boleh lah provide rumah untuk kau, sekali lelaki tu minta kau bayar separuh. Baik tak payah kahwin kan,” tulisnya.


Entri tersebut telah menyebabkan pelbagai percanggahan pendapat di mana ada segelintir warga maya bersetuju dengan perkara yang diperkatakan sementara sesetengah netizen lagi mengkritik pendapat yang disuarakan.


Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih lebih daripada dua juta tontonan dan hampir 6,000 tanda suka di Platform X.

Sumber: Platform X