“Saya tinggal di estet. Keliling saya semua orang India,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zubir turut memberi respons apabila ada sesetengah netizen memberi jolokan dirinya sebagai Ikon Perpaduan gara-gara lagu tersebut.
“Tapi bersyukur orang suka lagu tersebut. Sebelum ini pernah ada kisah kenduri kahwin orang Melayu ada yang main alat muzik India iaitu Urumi.
“Dengan lagu saya ini, orang cakap saya ikon perpaduan jadi saya bangga dan saya tak jangka perkara itu,” luahnya teruja.
Tambah Zubir lagi, dia berharap dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjaya nyanyiannya itu tanpa terpalit sebarang kontroversi yang mampu melenyapkan reputasinya.
“Saya perlu rajin buat perkara yang pendengar nantikan, saya tak mahu buat silap. Saya doakan agar saya berada di landasan yang betul,” tutupnya.
Terdahulu, netizen menganggap Zubir Khan mampu menyandang gelaran Ikon Perpaduan selepas lagu Oh My Kadhale tular.