Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Wanita Tipu Sakit Terkejut Jumpa Majikan Dalam Pesawat

Gempak
08/07/2024 17:00 MYT
Seorang wanita terkejut apabila menemui majikannya di dalam penerbangan sama selepas memberikan alasan sakit untuk pergi bercuti, lapor saluran berita NDTV semalam.

Pengalaman janggal

Grace yang berusia 23 tahun, memuat naik rakaman memaparkan pengalamannya yang janggal dan mengejutkan itu di platform TikTok menerusi akaun @grachevaaleidya.

“Saya mengambil cuti sakit kerana tidak mahu bekerja, hanya untuk berakhir di dalam pesawat sama dengan pengurus saya,” demikian menurut keterangan video itu.

Dia turut menunjukkan tangkap layar perbualan mereka serta gambar yang dirakam oleh pengurusnya dari belakang, menunjukkan wanita itu.

ARTIKEL TRENDING: Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Duit Derma Orang Awam, Bakal Ambil Tindakan - “Jika Saya Berdiam Pun Tetap Disalahkan”

ARTIKEL TRENDING: Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"

​ARTIKEL TRENDING: ‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

​ARTIKEL TRENDING: Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin

​ARTIKEL TRENDING: RM564,000 Terkumpul Untuk Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin Selepas Ariana Grande Kongsi Link Derma Di IG Story

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih 30,000 tontonan.

“Saya akan menangis seperti bayi dan segera memberikan surat

perletakkan jawatan,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Terpaksa menaiki penerbangan untuk mendapatkan ubat yang diperlukannya,” kata netizen lain.

Sumber: Agensi menerusi Kosmo

#Sakit #wanita #Tipu #Pesawat #Majikan #Jumpa
;