Hari ini merupakan tarikh penting buat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang secara haram berjumlah RM42 juta dari sebuah unit di bawah 1MDB, iaitu SRC International Sdn Bhd.

Selepas hampir dua tahun satu bulan kes perbicaraan berlangsung, nasib Najib Tun Razak itu bakal ditentukan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Namun, dalam pada semua menantikan keputusan tersebut, ratusan penyokong Najib Tun Razak telah membanjiri pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, seawal 6 pagi tadi.

Mereka hadir bagi memberi sokongan kepada ahli parlimen Pekan itu.

Kebanyakan mereka memakai baju biru dan merah dengan tulisan “BossKu” di belakang, perkataan yang sinonim dengan bekas perdana menteri itu.

Walaubagaimanapun, situasi yang dilihat terlalu sesak tanpa sebarang penjarakan sosial mendatangkan kemarahan warganet.

Rata-ratanya berang apabila kesemua penyokong langsung tidak mengendahkan prosedur operasi standard (SOP).

“COVID-19 ambil cuti ke harini? Ramainya orang tak ada SOP” kata seorang pengguna Twitter.

“SOP ke laut! Nanti ada kluster Bossku” kata pengguna Facebook dikenali sebagai Amer.

“Harap Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sila ambil tindakan,” kata seorang lagi pengguna Facebook.

Anda boleh lihat antara keluhan orang ramai di bawah.