Hiburan
Warna Kulit Unik, Khoudia Diop Dapat Perhatian Dunia
Seorang wanita yang berasal dari Senegal, Afrika, Khoudia Diop menjadi viral kerana memiliki kulit gelap yang unik.
Khoudia mula mendapat perhatian dunia selepas menjadi model untuk sebuah kempen dan fotonya yang dirakamkan oleh seorang jurugambar didedahkan untuk tatapan umum.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah warna kulit yang dimiliki oleh Khoudia sangat berbeza dengan wanita Senegal lain di mana warna kulit gelapnya sangat unik dan nampak berkilat.
Disebabkan warna kulitnya juga, nama Khoudia menjadi bualan netizen yang rata-ratanya memuji kecantikan semulajadi wanita tersebut.
Dalam pada itu, Khoudia menerusi akaun Instagram (IG)nya Khoudia memberitahu dia pernah dibuli suatu ketika dulu hanya kerana warna kulitnya yang berbeza.
Bagaimanapun dia tidak mengambil peduli sebarang kata-kata negatif dilemparkan sebaliknya percaya dengan kelebihan yang ada pada dirinya.
Setakat ini ruangan komen di setiap foto yang dimuatnaik oleh Khoudia meneriam reaksi positif masyarakat dunia.
Mereka juga meyatakan rasa bangga kerana wanita ini tidak malu untuk menunjukkan kepada dunia bahawa warna kulit yang gelap mampu untuk kelihatan cantik.
Olahan: Mya Amri
Must-Watch Video