,
Filem

Watak Kelakar Dalam Don Dukun Menjadi, Zul Ariffin Tak Mahu Tumpu Satu Genre Saja - “Semua Genre Saya Boleh Buat”

Khairil Khusyairi
06/11/2024
04:55 MYT
Aktor Zul Ariffin memaklumkan ada beberapa pihak sudah mula mengintainya untuk program hiburan lawak selepas membintangi filem komedi seram, Don Dukun.

Zul Boleh Buat Semua Genre

Menurut Zul, dia terbuka dan tiada masalah untuk menjayakan sebarang genre sekaligus mahu berkarya dengan cemerlang.
“Ada beberapa orang yang tawarkan saya buat program lawak tapi saya tolak. Saya terbuka untuk berlakon mana-mana genre.

“Semua saya boleh buat. Saya tak nak tumpu pada satu genre sahaja. Jadi, tak perlu gelar saya pelakon komedi.

“Saya tak perlu ingatkan orang banyak kali mengenai genre lakonan saya, filemografi saya tetap ada di situ. Tidak ada apa yang perlu dibuktikan. Saya hanya berkarya dengan betul,” ujarnya kepada Gempak.

Lega Tengok Hasil Lakonan

Tambah Zul yang memegang watak seorang dukun influencer, dia selesa apabila dapat mengekspresikan dirinya untuk menjadi seorang pelawak dalam filem arahan Wan Hafiz itu.
“Saya bukan jenis aktif di media sosial. Peribadi saya juga tidak diketahui ramai. Pada saya, itu bagus untuk karier lakonan saya. Semakin kurang orang kenal saya, lebih mudah untuk saya lakukan kerja saya.

“Itulah saya. Ada hari saya jadi macam Don Dukun, ada hari saya berperangai macam Sheriff. Bila saya tengok saya seronok. Dua tahun tunggu cerita ini keluar, bila tengok lakonan saya, saya lega,” jelasnya.

Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin dan ramai lagi.
Jom sama-sama kecut perut, pecah perut dengan menyaksikan filem Don Dukun di pawagam seluruh negara sekarang!

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bromance’ Yang Berjaya! Gandingan Zul Ariffin Dan Ropie Dalam Don Dukun Ketengahkan Filem Komedi Seram Bersifat Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Pegang Watak Anak Beranak Dalam Don Dukun, Zul Ariffin Bangga Dapat Berlakon Dengan Yusof Haslam – “Bukan Semua Pelakon Boleh Dapat”

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Gemuruh Pertama Kali Pegang Watak Utama Dalam Filem Komedi ‘Don Dukun’ – “Takut! Dalam Banyak-Banyak Filem Yang Saya Buat….”

ARTIKEL BERKAITAN: Alami Lebam Satu Badan, Marsha Milan Kongsi Cabaran Jayakan Watak Datin Azizah Dalam Don Dukun – “Saya Juga Terpaksa…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ropie Dedah Kisah Diganggu Di Set Penggambaran Filem Don Dukun – “Meremang Satu Badan, Saya Terus Lari”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Don Dukun Paling Laris! Raih Kutipan RM3 Juta Selepas 6 Hari Tayangan

gempak
06/11/2024
07:25 MYT
Filem komedi seram, Don Dukun, terus menambat hati penonton dan sekali gus menerima kutipan RM3 juta di pawagam dalam tempoh 6 hari tayangan.
Filem

Don Dukun Kutip RM 2.1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
03/11/2024
06:00 MYT
Filem seram komedi Don Dukun berjaya meraih kutipan sebanyak RM 2.1 juta selepas tiga hari tayangannya di pawagam.
Drama

Projek; Exit: Pernah Hidap Depresi, Shasha Abedul Akui Sukar Untuk Bawa Watak Jannah - “38 Hari Saya Rasa Terseksa…”

gempak
02/11/2024
12:25 MYT
Pelakon, Shasha Abedul, berkongsi perjalanannya dalam proses menghayati karakter sebagai Jannah menerusi drama Projek; Exit.
Hiburan

“Bila Orang Cakap Saya Dah Tak Berlakon, Saya Tak Marah” - Cristina Suzanne Rupanya Fokus Besarkan Anak, Jarang Kongsi Kisah Di Media Sosial

gempak
02/11/2024
09:54 MYT
Pelakon Cristina Suzanne menafikan tanggapan dia sudah berhenti dari dunia lakonan gara-gara kurang muncul di kaca televisyen sejak lima tahun lalu.
Filem

‘Bromance’ Yang Berjaya! Gandingan Zul Ariffin Dan Ropie Dalam Don Dukun Ketengahkan Filem Komedi Seram Bersifat Keluarga

gempak
02/11/2024
07:50 MYT
Penerbit Gayatri Su-lin Pillai menyifatkan filem terbitannya iaitu Don Dukun adalah filem komedi seram yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga.
Unitar