,
Filem

Zul Ariffin Gemuruh Pertama Kali Pegang Watak Utama Dalam Filem Komedi ‘Don Dukun’ – “Takut! Dalam Banyak-Banyak Filem Yang Saya Buat….”

Khairil Khusyairi
25/10/2024
14:50 MYT
Aktor Zul Ariffin mengakui pengalaman yang diraihnya selama 16 tahun dalam industri hiburan tanah air sedikit sebanyak membantu menjayakan watak dalam filem terbaharu lakonannya iaitu Don Dukun.

Pertama Kali Pegang Watak Utama Dalam Filem Komedi

Memegang watak seorang Dukun, Zul menyifatkan Don Dukun merupakan filem komedi pertama dia sebagai watak utama.
“Saya memang peminat genre komedi tetapi dalam bidang lakonan saya daripada TV genre komedi itu bukan ‘padang’ saya. Jadi bila saya melangkah ke filem saya lebih ke arah genre aksi sehinggalah tahun 2017 saya terlibat dengan sebuah filem komedi, di situlah bermulanya saya terlibat dengan genre komedi.

“Bila saya dapat tawaran Don Dukun, sedikit sebanyak saya guna pengalaman itu dan beri keyakinan untuk saya terima hasilkan Don Dukun. Bila saya dapat tahu siapa dikeliling saya dari segi pelakon dan pasukan produksi, Alhamdulillah saya rasa yakin untk ambil tanggungjawab sebagai watak utama.

“Boleh dikatakan ini adalah filem komedi pertama saya sebagai watak utama,” kongsi Zul kepada Gempak.

Gemuruh Nantikan Respons Peminat

Berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk Don Dukun ditayangkan, Zul mengakui tidak dapat menyembunyi perasaan gemuruh memikirkan penerimaan peminat filem komedi tanah air.

“Takut. Saya rasa dalam banyak-banyak filem yang saya buat, Don Dukun lah saya rasa gemuruh. Di set penggambaran, sebelum, ketika dan selepas shoot dan hinggalah ke hari ini saya rasa gementar.

“Saya fikir juga penerimaan orang dengan komedi yang saya bawa. Ia berbeza, mungkin orang dah mula ‘cop’ saya dengan filem aksi.

“Saya masih ingat pesanan Arwah Mamat Khalid iaitu ‘jangan buat komedi filem itu komedi’. Bila ungkapan itu diletak dalam kepala jadi kita tak terlalu berlebihan,” tuturnya.

Don Dukun yang menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin, Rashidi Ishak dan ramai lagi bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bromance' Terbaik Dalam Malaysia… Ini Filem-Filem Zul Ariffin Bersama Aktor Hebat Lain Paling Onz Abad Ini!

ARTIKEL BERKAITAN: Very Classy, Demure, Mindful... Marsha Milan Kongsi Watak Sebagai Datin Azizah Dalam Don Dukun – “Agak Sukar Tapi..."

ARTIKEL BERKAITAN: Dari Ketua Polis Ke Ketua Dukun! Kemunculan Yusof Haslam Dalam Don Dukun Bikin Ramai Terhibur - “Semua Dah Rosak”

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Pegawai Polis, Penunggu Rimba… Dukun Pun Boleh! Ini 5 Filem Zul Ariffin Yang Wajib Anda Tonton

ARTIKEL BERKAITAN: Trailer Baru Keluar Tapi Ramai Yang Dah Tak Sabar Nak Tonton Filem Don Dukun – “Zul Ariffin Dengan Ropie, Mesti Berdekah Ni”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Filem Mencari Ramlee Ke Festival Filem Rotterdam 2025

gempak
25/10/2024
03:50 MYT
Filem Mencari Ramlee mencipta sejarah apabila bakal ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) pada Februari  2025.
Filem

'Bromance' Terbaik Dalam Malaysia… Ini Filem-Filem Zul Ariffin Bersama Aktor Hebat Lain Paling Onz Abad Ini!

gempak
24/10/2024
14:20 MYT
Siapa yang tak kenal dengan aktor popular, Zul Ariffin. Banyak karya-karya yang berkualiti Zul dah lakonkan sekaligus kekal relevan sehingga kini.
Filem

Very Classy, Demure, Mindful... Marsha Milan Kongsi Watak Sebagai Datin Azizah Dalam Don Dukun – “Agak Sukar Tapi..."

gempak
23/10/2024
11:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Marsha Milan berkongsi karakter yang dipegangnya iaitu Datin Azizah dalam filem Don Dukun.
Filem

Dari Ketua Polis Ke Ketua Dukun! Kemunculan Yusof Haslam Dalam Don Dukun Bikin Ramai Terhibur - “Semua Dah Rosak”

gempak
22/10/2024
12:50 MYT
Penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam mencuri tumpuan apabila bakal muncul dalam filem Don Dukun.
Filem

Jadi Pegawai Polis, Penunggu Rimba… Dukun Pun Boleh! Ini 5 Filem Zul Ariffin Yang Wajib Anda Tonton

gempak
21/10/2024
11:55 MYT
Siapa yang tak kenal dengan aktor popular, Zul Ariffin. Sudahlah sasa, kacak pula. Memang pakej lengkap yang menjadi pujaan ramai.
Dun Dukun