Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Bedah Hidung - "Dulu Pergi Sekolah Kena Ejek Fati Bawang"
Amri Hassan
20/07/2024 06:55 MYT
20/07/2024 06:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mengaku pernah melakukan prosedur pembedahan hidung sebanyak enam kali.
Hal itu gara-gara bentuk hidungnya diejek seperti bawang dan khinzir, malah namanya pernah diejek 'Fati Bawang' ketika zaman persekolahan.
"Hidung saya ini palsu. Dulu hidung saya memang penyet betul. Adik selalu cakap hidung saya macam bontot.
"Pergi sekolah kena ejek hidung macam bawang. Dah saya berkulit gelap masa itu. Balik sekolah selalu menangis sebab kena buli. Masuk sekolah menengah saya kena lagi teruk.
"Sampai satu tahap saya berazam bila habis sekolah nanti saya nak kerja untuk kumpul duit. Apabila dah ada duit, saya memang nak buat hidung. Kebetulan saya memang ada resdung. Hidung saya sentiasa tersumbat.
"Sampai tahap apabila pergi melancong kalau lebih daripada tiga jam, saya rasa gigi macam nak tercabut," katanya menerusi Dol's Podcast.
Disebabkan tidak tahan dengan ejekan itu juga, Watie pernah berkurung dalam bilik dan tidak keluar rumah hampir sebulan.
"Masa itu dah ada media sosial. Apabila saya muat naik foto, pasti orang komen pasal hidung. Kalau nak tahu, saya dah buat hidung sebanyak enam kali," tambahnya.
Tonton video penuh Dol's Podcast di sini.

BERITA TRENDING: Kongsi Video Samakan Uwais Dengan Orang Asli, Watie Hanifiah Mohon Maaf - “Sejujurnya Langsung Tak Ada Niat…”
BERITA TRENDING: Watie Terima RM5,000 Duit Raya Dari Shuib, Akan Bingkaikan Jadi Khazanah - "I Takkan Guna Sampai Cucu Cicit"
BERITA TRENDING: Shuib Menangis Talita Datang Haid Di Usia 11 Tahun - “Anak Perempuan Daddy Dah Jadi Anak Dara”
BERITA TRENDING: Arwah Siti Sarah Muncul Dalam Mimpi, Watie - “Tak Sangka Tiba-Tiba Ada Rasa Cemburu”
Menerusi siaran podcast sama, Watie turut berkongsi pengalamannya membantu bapa menjual limau sejak di bangku sekolah.Tonton video penuh Dol's Podcast di sini.