Ada banyak cara untuk membahagiakan pasangan tercinta, terutamanya dalam perhubungan rumah tangga.

Seperti Watie Hanifiah, dia mengambil pendekatan untuk meneruskan rutin Allahyarham Siti Sarah Raisuddin menyantuni suami tersayang misalnya dengan memakaikannya stoking setiap hari.

"Contoh, pakaikan stoking suami setiap kali dia nak pergi kerja walaupun pukul 5.30 pagi," dedahnya menerusi sesi soal jawab bersama pengikut di Instagram.

BERITA TRENDING: Ada Yang Tanya Terasa Tak Bila Netizen Bandingkan Dengan Arwah Siti Sarah, Ini...

Terdahulu, ada dalam kalangan peminatnya yang bertanyakan kekurangan sebagai isteri jika dibandingkan dengan arwah Siti Sarah.

Sebelum ini, Watie pernah mendedahkan suaminya kerap mencium dan mendakap baju terakhir dipakai Allahyarham kerana rindu.

Selain pakaian terakhir arwah, Shuib juga dikatakan selalu terjaga daripada tidur dan menangis kerana bermimpikan penyanyi itu.

PILIHAN PEMBACA: Watie Tak Pernah Cemburukan Arwah Siti Sarah, Tegas Kenal Shuib Selepas Menduda!


Menerusi perkahwinan Shuib dan Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 2.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.