Memang tak dapat nak menahan ketawa melihat lakonan Maimunah Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Mak Jah yang begitu bersahaja dalam Sepahtu Reunion Live 2020.

Setiap kali pick up line diberikan oleh Jep, Mak Jah pasti menjawapnya menjadikan lakonan spontan tersebut begitu berjaya dan menghiburkan.

"Apa persamaan awak dengan wau ni?" tanya Jep.

"Wau tu tinggi, saya ni rendah," tangkas dijawap oleh Mak Jah yang membawa watak Tiara.



Berulang kali diberi pick up line, ada sahaja jawapan Mak Jah menyebabkan Jep sendiri tidak lagi dapat menahan ketawa.

"Kami dah berlatih sebelum ni, tapi mungkin dia terlupa. Tapi baguslah sebab apa yang dia buat pun sangat spontan.

"Pick up line tu memang merupakan keistimewaan yang ada dalam Sepahtu Reunion dari dulu hingga sekarang.

"Bila diberi pick up line, orang yang ditanya akan bertanya balik seolah ingin tahu. Tapi Mak Jah lain macam," kata Jep kepada Gempak sambil ketawa kecil.



Tiga kali juga Jep yang berlakon menjadi suami Mak Jah memberikan pick up line termasuklah, "Apa beza awak dengan keropok lekor?" dan "Apa persamaan awak dengan pelampung?"

Kesemuanya dijawap Mak Jah dengan caranya yang tersendiri dan cukup menghiburkan.



Selain daripada menjadi pelakon jemputan, Mak Jah turut menyampaikan sebuah lagu yang benar-benar menghiburkan penonton.

Sepahtu Reunion Live 2020 ditayangkan secara langsung pada setiap hari Khamis, jam 9:00 malam di saluran Astro Warna (107). Anda juga boleh strim On Demand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box. Ketahui lebih lanjut di sini.