Hiburan
Wayar Sudah Ditanggal & Selera Makan Kembali, Hunny Madu Harap Anak Cepat Keluar Hospital
Penyanyi dan pengacara Hunny Madu berkongsi perkembangan terkini mengenai anaknya, Adam Musa yang baru menjalani pembedahan jantung 'Glen Shunt Operation' pada 15 Julai lalu.
Menurut Hunny, wayar yang berselirat di tubuh badan Adam telah ditanggalkan malah sudah mempunyai selera untuk menjamah makanan.
"Perkembangan terkini, semua wayarnya telah ditanggalkan dan selera makannya sudah kembali.
"Dia sudah makan buah 'blueberry' dan juga bubur malah cuba melakukan 'physio' tadi.
"Dia berjalan sedikit dan ini adalah dia melakukan nombor 2 selepas senaman kecilnya.
"Kami berharap Adam Musa dapat pulang ke rumah tidak lama lagi.
"Saya sangat gelisah pada waktu malam dan menjadi seorang yang sangat emosi.
"Terima kasih banyak kepada semua kawan saya yang menghubungi, menghantar hadiah dan menghantar mesej kepada saya. Kata-kata anda sangat memberi saya kekuatan," katanya.
Hunny berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video bersama Adam yang sedang berdiri sambil dipegang olehnya.
Sementara itu, Hunny turut menggalakan serta memohon orang ramai untuk menderma di tabung Institut Jantung Negara (IJN).
Perkongsian tersebut mendapat perhatian peminat dan rakannya yang rata-rata turut gembira dengan perkembangan Adam.
Adam, anak bongsu dari dua beradik yang dilahirkan pada Disember 2017 mempunyai masalah jantung Double Inlet Left Ventricle sejak bayi.
Must-Watch Video