Berita
“We Will Miss You!” - Peminat Tidak Mahu Asad Motawh Berehat!
Penyanyi Asad Motawh mengatakan dia sering berasa malas untuk kekal aktif di media sosial sejak kebelakangan ini.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Asad bertanya kepada semua pengikutnya sama ada dia perlu berehat di media sosial atau tidak.
“I have been so lazy to be active on social media lately, is it okay if i take a short break? Just asking,” tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat Asad melarangnya berbuat demikian dan mengatakan mereka akan merindui penyanyi muda ini.
“No, please, I will miss you Asad.
“We will miss you!
“No, tak boleh,” tulis netizen.
Asad mulai aktif di industri hiburan tempatan dua tahun lalu iaitu pada tahun 2017 dan kini sedang membina popularitinya menerusi beberapa single antaranya Percaya dan Senyum.
Must-Watch Video