Laman Utama

“Why Are You ‘Setupid’?’- Berang Ramai Degil Balik Kampung, Catriona Ross Dakwa Rakyat Gagal!

gempak
Syafiqah Jalal
31/05/2021
01:39 MYT
Sponsor Banner
“Why Are You ‘Setupid’?’- Berang Ramai Degil Balik Kampung, Catriona Ross Dakwa Rakyat Gagal!
Pelakon Catriona Ross meluahkan rasa berang dan tidak puas hati kepada segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil untuk pulang ke kampung selepas kerajaan mengumumkan ‘total lockdown’ bermula 1 Jun ini.
Tegas Catriona, tindakan orang ramai itu telah menunjukkan bahawa mereka gagal patuh arahan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
“Mengapa semua orang masih belum faham apa yang berlaku sekarang?
“Saya memang nak marah sebab ada yang kata kerajaan gagal tapi sebenarnya yang gagal itu kamu semua yang tak ikut SOP dan apabila kerjaaan buat pengumuman lockdown, setiap kali itu keesokannya lebuh raya akan sesak.
“Selamai ni meroyan dekat media sosial sebab kerajaan tak bagi lockdown tapi selepas lockdown kenapa semua kelam kabut ada atas jalan raya dan berpusu-pusu balik ke kampung?,” persoalnya.
Catriona berkongsi luahan hatinya itu menerusi sebuah video di akaun Instagram miliknya.
Pelakon yang berkongsi video dalam loghat Kelantan itu turut mendakwa rakyat yang mementingkan diri sendiri itu tidak berhati perut dan menyusahkan ramai pihak.
Why are u stupid? Kenapa ramai yang kononnya ada dokumen sah boleh keluar balik kampung?
"Sebenarnya korang ni sangat mementingkan diri sendiri dan tidak berhati perut kerana tidak memakai akal fikiran yang diberi oleh Allah.
“Tak cukup lagi ke kluster Aidilfitri dan sudah berapa lagi orang yang dah meninggal sebab COVID-19 ni?
“Ingat, kamu boleh jadi pembawa virus tanpa kamu sedari,” tegasnya.
Jumaat lalu, lebuh raya pantai timur sesak dengan penambahan kenderaan yang menghala ke sana dari Kuala Lumpur. Rata-rata difahamkan mahu pulang ke kampung sebelum negara diarahkan lockdown bermula esok sehingga 14 Jun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024