3 GADIS MANIS 2019
"Why Do You Always Have To Tell Me What To Do?" - Ruhainies Bagi Tips Mengendalikan Boss Yang Garang Dalam 3 Gadis Manis
Masih ingat dengan 3 Gadis Manis yang pernah bersiaran selama dua musim sebelum ini? 3 Gadis Manis (3GM) kembali lagi dengan musim ketiga!
Masih mengekalkan tema persahabatan, 3GM kali ini menampilkan pelakon cantik seperti Ruhainies sebagai Kirin, Puteri Aishah sebagai Icha dan Julia Farhana sebagai Sabrina!

Ruhainies memegang watak sebagai seorang gadis ceria dan peramah yang bernama Kirin. Mempunyai cita-cita tinggi, Kirin bekerja sebagai seorang pembantu kafe.
Namun begitu, Kirin berhadapan dengan seorang boss yang bersikap tegas dan kadangkala garang.
Bagaimanakah Kirin mahu berhadapan dengan majikannya itu?
Dalam musim 3GM kali ini, ia akan menampilkan cara Kirin mengendalikan situasi tersebut!

Menggunakan produk NIVEA Rose & Argan Oil in Lotion, Kirin yang merupakan The Rose Girl meningkatkan keyakinan diri dan menghadapi semua cabaran dengan tenang.
Formulasi baru NIVEA Rose & Argan Oil in Lotion ini menampilkan wangian bunga ros yang manis memikat serta memberikan penjagaan untuk kulit dengan minyak argan yang pantas menyerap! Semestinya kulit anda akan menjadi selembut sentuhan ros!
Drama ini juga mempamerkan karakter setiap tiga gadis yang saling memberi inspirasi untuk terus tabah menangani cabaran hidup serta dalam mencari cinta sejati.
Selain itu, untuk musim terbaru ini, 3 Gadis Manis tampil dengan 8 episod kesemuanya dan episod-episod tersebut boleh ditonton di www.3gadismanis.com.my.
3 Gadis Manis turut dimeriahkan dengan kehadiran NIVEA sebagai peneraju utama menerusi NIVEA Rose & Argan Oil in Lotion, NIVEA Cherry Blossom & Jojoba Oil in Lotion dan NIVEA Vanilla & Almond Oil in Lotion.
Jangan lupa saksikan drama bersiri 3 Gadis Manis musim ketiga, Flowers Always Bloom!
p/s: Penonton juga berpeluang untuk mencuba kuiz personaliti di laman web www.3gadismanis.com.my bagi mengetahui perwatakan diri yang sesuai dengan gadis-gadis di dalam 3 Gadis Manis Musim 3!
Must-Watch Video