Hiburan

Wow! 5 Pengarah Ini Hasilkan Filem Guna Telefon Pintar Je...Ini Antara 5 Tips Anda Boleh Rujuk!

Hanafis Haris
19/12/2019
09:22 MYT
Zaman makin canggih, namun siapa sangka rupanya kita sudah mampu menghasilkan filem dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Malah, pada acara Huawei Film Awards yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam, lima karya filem pendek telah dipertontonkan.
Apa yang menarik kesemua karya berkenaan dihasilkan sepenuhnya menggunakan telefon pintar.
Antara pengarah yang terlibat termasuklah Jess Teong, Tuan Faizal, Nik Amir, Krill Azry, Gavin Yap.
Menerusi penerangan mereka, ini antara lima tips yang anda boleh jadikan sebagai rujukan.

#1 Kuasai Mod Pro

Telefon pintar memang sudah dilengkapi dengan fungsi kamera hebat terbina di dalamnya.
Namun jika anda mahukan penggunaan yang lebih menyeluruh anda boleh cuba fungsi pro yang terdapat pada kamera anda.
#2 Pelbagaikan Gaya Penggambaran Seperti Mod Gerak Perlahan atau ‘Slow Motion’
Tambahkan sedikit drama dalam video anda dengan penggunaan slow motion. Periksa kadar frame rate kamera anda sekiranya ia mampu merekod dengan lebih perlahan hingga 7,680 fram per second (fps).

#3 Jangan Takut Pada Air

Menerusi tayangan filem pendek semalam, terdapat beberapa babak daripada pengarah menggunakan penggambaran dalam air.
Gaya sebegini memang berani tapi pastikan telefon pintar anda mampu 'menyelam' terlebih dahulu.

#4 Tambah ‘Color Grading’

Untuk menjadikan filem anda tampak lebih menyerlah anda boleh gunakan fungsi 'color grading'.
Anda boleh muat turun beberapa aplikasi suntingan video yang dilengkapi fungsi tersebut.
Dalam pada itu, menerusi acara Huawei Film Awards itu juga mereka turut mengumumkan pertandingan menghasilkan filem pendek berdurasi lima hingga 10 minit bertemakan Empowering Your Possibilities.
Penyertaan itu terbuka untuk peserta Malaysia dan tarikh tutup penyertaan adalah pada jam 11.59 malam, 25 Februari 2020.
Keputusan pula akan diumumkan pada 6 Mac 2020.
Filem Terbaik Asia Pasifik di Huawei Film Awards akan membawa pulang hadiah utama wang tunai AS$20,000 (RM82,000).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Iklan

Mengapa HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Screen Adalah Tablet Yang Paling Berbaloi Dimiliki

gempak
29/06/2024
06:25 MYT
Telefon bimbit dan tablet merupakan gajet yang penting untuk rakyat Malaysia yang sememangnya sudah menjadi kegunaan harian.
Laman Utama

Telefon Pintar Paling Canggih? Ini Desas Desus Ciri Terbaru iPhone 15! Paling Tak Sangka…

gempak
16/02/2023
05:56 MYT
Fuh!
Laman Utama

Apa Yang Menjadikan HUAWEI Mate 50 Pro Dengan Google Apps Antara Telefon Pintar Terbaik Di Malaysia? Ini Sebabnya

gempak
30/12/2022
11:38 MYT
HUAWEI Mate 50 Pro best!
Laman Utama

Kombinasi Sempurna Untuk Gaya Hidup Anda! Rugi Kalau Tak Cuba HUAWEI nova 9 & HUAWEI WATCH GT 3

gempak
24/12/2021
04:02 MYT
Banyak fungsi canggih!
Laman Utama

Unbeatable! Sudahlah Murah, OPPO A95 Lagi Boleh Tambah 5GB RAM? Ganjaran Pun Banyak Kalau Tempah Awal!

gempak
18/11/2021
05:40 MYT
Ini antara sebab mengapa anda perlu dapatkan OPPO A95!