Pelakon Ruhainies meraikan sambutan ulang tahun kelahiran teman lelakinya dengan membawa kekasih hatinya itu bersiar-siar menaiki helikopter.

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 28, berkongsi momen bersama lelaki yang dikenali sebagai Elff Johan itu menerusi beberapa entri yang dimuat naik di Instagram miliknya semalam.

"Happy Birthday kepada lelaki yang saya cintai. Semoga ia menjadi sambutan ulang tahun kelahiran paling menggembirakan di dunia pada hari ini.

"Saya harap kamu sukakan kejutan ini. Saya mahu kamu tahu betapa hebatnya kamu dan betapa gembiranya saya kamu hadir dalam hidup saya," tulisnya di ruangan kapsyen.

I hope you love the surprise boo? Happy Birthday to man of my dreams and the man who rocks my world?

A post shared by @ ruhainies7 on


Ruhainies turut berkongsi beberapa potong video yang memaparkan momen mereka bersiar-siar di ruang udara Kuala Lumpur menerusi Instagram Story miliknya.



Bagaimanapun, sehingga kini, pelakon drama Menantu Bilal itu masih merahsiakan lagi wajah kekasih hatinya.

Perkongsian Ruhainies itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mendoakan agar hubungan yang mereka bina dapat diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

"Kahwin cepat, tak sabar tunggu.

"Cepatlah kahwin, jangan lama-lama, nanti disambar orang.

"Bila nak kahwinnya, dah cium tangan, tapi kahwinnya bila?," tulis sebahagian komen netizen.

To the man who has been my best friend for years, my partner in crime and the love of my life, HAPPY BIRTHDAY! ♥️ I want you to know how wonderful you are and how happy i am that you are in my life.. Boo.. i love the sparkles in your eyes and the beautiful smile you have when we are together. I want to be by your side to watch you celebrate many more birthdays.. i love you? . Thank you @20twentydegrees for the lovely roses bouquet ? he loves it! Anyone wants to get it for your partner, order now since valentines is comingggg? . Thank you so much to @surprise.dash team for helping me with the arrangements. Even everything was soooo last minute due to my shooting schedule, you guys still managed to arrange everything accordingly. You guys are always the best surprise planner♥️ million thanks!

A post shared by @ ruhainies7 on


Sebelum ini, pada Oktober 2018, Ruhainies pernah mengakui sedang menjalin hubungan cinta jarak jauh dengan ahli perniagaan tersebut yang menetap di London, United Kingdom.