Pengacara terkenal Awal Ashaari mendedahkan bayi yang di dalam perut isterinya aktres Scha Alyahya masih menyorokkan wajah walaupun usia kandungannya kini mencecah lapan bulan.

Menerusi laman sosial Instagram, Awal berkongsi foto sonogram yang diperolehi ketika proses ultrasound untuk tatapan umum.

“Assalamualaikum, as usual dia sorok muka lagi. Tapi tang hidung je dia tunjuk. Ni hidung mommy ke, hidung daddy ke, hidung Lara?” tulis Awal sebagai kapsyen foto.

Berkongsi perjalanan hamil Scha menerusi tanda pagar #schawalJR, pasangan bahagia ini masih belum mengumumkan jantina anak kedua yang bakal lahir kelak.

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)


Malah Scha menerusi perkongsian di Instgaram miliknya sudah mula membuat persediaan untuk menyambut ahli keluarga baru tidak lama lagi.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya memberikan kata-kata positif dan mendoakan agar ibu serta kandungan berada dalam keadaan yang baik.

Ada juga yang sudah sabar untuk menatap wajah adik kepada Lara Alana ini.

Tahniah, semoga dipermudahkan urusan. Seronok tengok happy family ni, tak sabar nak tengok adik Lara,” tulis seorang wargamaya.

Semoga mommy dan baby sihat, dipermudahkan segala prosesnya, tumbesaran dan kesihatan. Amin," doa seorang wargamaya.

Alalala tak sabarnya nak tengok adik Lara,” kata seorang wargamaya.

Ni mesti baby girl ni,” teka seorang wargamaya.

Wow hidung mancung,” komen seorang wargamaya lagi.

Terdahulu pada awal Ogos, Awal dan Scha mengumumkan akan menimang cahaya mata kedua apabila memuat naik foto Lara memegang alat pengesan kehamilan.

Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan melangsungkan majlis resepsi penuh gemilang pada 6 Mei 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Lara, 6, pada 22 Julai 2014.