Pernah tak terfikir untuk berjumpa BoBoiBoy dalam ‘real life’ atau rancangan di televisyen?

Nampak gayanya anda semua berpeluang menyaksikan bukan saja BoBoiBoy, malah musuh lamanya Adu Du pun ada.

Lebih menarik lagi, kedua-dua ini akan dipertemukan buat pertama kalinya dengan pengacara sensasi Nabil Ahmad dan Neelofa menerusi program popular meleTOP, Selasa ini jam 9.30 malam!

Usaha untuk membawa karakter animasi ke ‘live show’ ini sekali gus menjadikan ia sebagai intergrasi yang jarang dilakukan di Malaysia.

Pastinya penonton meleTOP dapat mengenali dengan lebih dekat dua karakter ini bersempena kemunculan filem BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) bakal ditayangkan pada 8 Ogos ini.

Karya terbaru Animonsta Studio ini akan menjadi filem animasi Malaysia pertama yang ditayangkan serentak di lima buah negara termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.

Berikut sedikit info tentang kedua-dua watak tersebut:

#1 BoBoiBoy





Watak penting dalam siri animasi dan filem ini. BoBoiBoy menerima kuasa elemental dari sebuah 'power sphera' bernama Ochobot.

Kuasa pecahan elemental merupakan kuasa terkuat BoBoiBoy yang membolehkan dia berpecah kepada elemental berbeza.

Terdapat dua tahap yang membolehkan BoBoiBoy menggunakan kekuatan yang berbeza-beza.

#2 Adu Du


Adu Du merupakan makhluk asing berkepala kotak yang menjadi musuh ketat kepada BoBoiBoy.

Antara sifatnya termasuklah seorang yang suka mengarah, pemarah dan menyimpan impian untuk menjadi ‘Pemburu Power Sphera’ yang paling terkenal di serata galaksi.

Walaupun sentiasa bermusuhan, Adu Du bukanlah makhluk asing yang jahat dan pernah menyertai BoBoiBoy untuk mengalahkan musuh yang sama.

Jangan Lupa Selasa Ini!


Bagi menyaksikan pertemuan ini, jangan lupa saksikan MeleTOP Selasa ini, jam 9.30 malam hanya di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).