Selepas pendedahan isu pengagihan dana FINAS tidak telus berlaku selama ini, ada produser mendakwa mereka didekati pegawai dalaman agensi kerajaan tersebut yang meminta komisen.
Sumber mendakwa pengakuan produser terbabit suatu yang mengejutkan memandangkan produser yang sudah melepasi tiga peringkat 'pitching' dan penilaian daripada panel dana sepatutnya layak untuk mendapat dana yang dipohon.
"Pernah berlaku apabila produser yang ingin memohon dana menerusi atas talian tetapi dimaklumkan permohonan sudah ditutup tapi tiba-tiba terdengar ada sesi 'pitching' yang akan dijalankan," katanya secara eksklusif pada Astro Gempak.
Ujarnya, produser yang datang untuk sesi 'pitching' khas ini terdiri daripada mereka yang datang atas arahan pihak atasan yang sudah memberikan 'wahyu'.
"Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa tidak sistematik pemprosesan borang pemohon.
"Berkemungkinan besar jumlah dana yang sedikit yang ada apabila mahu diberikan pada produser tertentu yang mendapat 'wahyu' jadi terpaksa ketepikan mereka yang layak," katanya.
Jelasnya, timbul persoalan mengapa produser yang mendapat skor tinggi daripada panel dana yang mempunyai cerita yang menarik tapi akhirnya ditolak permohonan mereka.
"Ada produser yang layak ini tunggu jawapan sehingga setahun. Lebih mengecewakan ada produser yang langsung tidak dihubungi atau dimaklumkan status permohonan dana mereka," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Elrafaei Sapi
Mon Jun 04 2018
Lelaki Kena Scam, Disuruh Datang Interview Di Singapura Semata-Mata Untuk Kena Reject - "Buang Masa, Duit, Usaha"
Hati siapa yang tak panas apabila temu duga untuk pekerjaan yang diinginkan tidak seperti apa yang dijanjikan. Berikutlah nasib seorang individu yang merasakan dirinya seakan-akan ditipu oleh sebuah syarikat yang memintanya untuk datang menghadiri temu duga secara fizikal dari Malaysia ke Singapura. Menerusi tangkap layar yang dikongsikan ke Pl
"Kenapa Kena Gaduh, Berlumba Buka Aib Sama Sendiri?" - Thalia Baiduri Pesan Wanita Jaga Darjat, Jangan Dibutakan Cinta
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri berpesan buat semua wanita agar menjaga darjat dan nilai diri masing-masing serta jangan bergaduh hanya disebabkan seekor 'buaya'.
Video Usik Ruhainies 'Penyondol' Tular, Janna Nick; "Jauh Di Sudut Hati Mengata Orang Jatuh Ditimpa Tangga, Saya Simpati Dengan Semua Pihak"
Pelakon Janna Nick tiada niat untuk menyindir atau mengulas mengenai isu panas yang membabitkan mana-mana pelakon terutama Ruhainies.
Hargai Peminat Hadiahkan Kereta Proton X70, Niat Murni ChocoAlbab Bahagiakan Orang Ramai Bermula Dengan Sekecil Usaha
Ada banyak cara untuk menghargai peminat setia
Netizen Titip Doa Buat Irma Hasmie - “Wanita Yang Menjaga Aib Suami, Semoga Kuat & Dipertemukan Kebahagiaan Sejati”
Netizen puji Irma jaga aib bekas suami.
Kontroversi Aliff Aziz, Adi Putra Pesan Jangan Sentuh Isu Kewarganegaraan - "Kita Tak Mahu Letak Sentimen Kasta"
Pelakon, Datuk Adi Putra tidak bersetuju apabila ada pihak cuba melagakan dan menyentuh isu kewarganegaraan seseorang susulan kontroversi dicetuskan pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz.
Enggan Dedah Hal Rumah Tangga, Rusdi Ramli Anggap Lebih Bawa Mudarat Berbanding Kebaikan
Pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli memilih untuk tidak membuka mulut perihal rumah tangganya sehingga menjadi bahan bualan masyarakat. Menurut pelakon Tanda Putera itu, walaupun ramai beranggapan kehidupan peribadi artis selalu menjadi tumpuan, namun dia tidak berpegang kepada prinsip itu. Tegas Rusdi, bercerita mengenai situasi perkahwinan di med
Rakan Artis Dedah Irma Hasmie Sudah Bercerai 6 Bulan Lalu
Kawan baik Irma Hasmie tampil mendedahkan kisah sebenar.
Dua Remaja Ini Antara Jemaah Haji Termuda Dari Pahang
Dua remaja berusia 16 tahun antara 1,588 jemaah haji termuda yang terpilih menjadi tetamu ALLAH sempena musim Haji Tahun 1445H/2024M.
Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun
Pelakon kacak, Hariz Hamdan mengakui pernah menjadi mangsa hinaan segelintir individu dan diejek gemuk ketika melewati usia remaja.