Tular di media sosial apabila seorang petugas barisan hadapan atau frontliner berkongsi video menyayat hati memaparkan dia dan beberapa rakannya sedang melaungkan takbir raya.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh, bacaan takbir raya itu dibuat di kawasan perkuburan.

Menerusi video berdurasi 57 saat itu, kelihatan sekumpulan ‘frontliner’ lengkap dalam persalinan kelengkapan pelindung diri (PPE) bertakbir raya di tepi pusara.

Menurut petugas berkenaan iaitu Mohd Z Affendi Zakaria, bacaan itu dibuat sementara menunggu ketibaan jenazah seterusnya,

“Sementara menunggu jenazah lain, kami sempat bertakbir raya,” katanya menerusi TikTok.

Difahamkan, niat asal petugas ini untuk bertakbir di pejabat, namun ketika itu masih ada empat lagi jenazah perlu disempurnakan..

Menerusi ruang komen, rata-ratanya sedih dengan perkongsian video tersebut.

Rata-rata mereka menzahirkan rasa syukur apabila petugas ini sanggup berkorban biarpun dalam keadaan yang makin tertekan.

“Ya Allah, besar pengorbanan mereka, bayangkan takbir tepi pusara”

“Tak sanggup tengok, sedih weh tepi kubur”

“Hero tak didendang, terima kasih berkorban untuk kami dan negara,” tulis beberapa netizen.