Pelakon dan pengarah Erma Fatima meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir masyarakat yang masih memandang ringan arahan kerajaan dalam penjagaan SOP.

Erma menerusi perkongsian di laman sosial Instagram turut memberi perumpamaan ‘seperti beruk dapat bunga’ apabila mendapat peluang pergi ke pusat membeli-belah.

“Kerajaan bagi bukak ‘mall, kedai, pasar malam sebab nak jaga EKONOMI KITA! Ekonomi peniaga-peniaga kecil.

“Dia orang bergantung pendapatan pada perniagaan. Tapi kita macam BERUK DAPAT BUNGA..Yak-yah yeah angkut satu family anak kecik pun dibawaknya pergi shopping sakan macam tak pernah jumpa mall!

“Macam ‘sakai kelompang’ TAK FIKIR LANGSUNG risiko boleh kena covid kan? JOM GUNA OTAK UNTUK HARGAI NYAWA YANG ALLAH BAGI PADA KITA. Bayangkan ALLAH tarik nikmat BERNAFAS yang ada pada kita ketika ini!,” katanya.

Kapsyen tersebut ditulis Erma sebagai reaksi kepada kenyatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkenaan had masa dua jam pengunjung di pusat beli-belah.

Hantaran tersebut turut mendapat mendapat pelbagai maklum balas dalam kalangan pengikut termasuk golongan petugas barisan hadapan.

“Totally agreed... Kami di KKM dah breakdown.. cakap baik-baik pun sudah, cakap kasar nanti dicop pula kurang jar…Jenuhlah macam ni,” komen seorang pengguna.

“Setuju 101%, tak faham kenapa nak kena berangkut satu family sampai ke baby masuk mall tu, kau sorang pergi mall tu beli barang tu dan balik sudahlah! Bukan mereka ini tak faham bahasa tapi buat-buat ‘ngok’ kat situ!,” kata seorang pengguna lain.

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Ahad lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwah Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beberapa SOP telah dikemaskini bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melandaikan lengkung kes Covid-19 dengan lebih cepat dan dapat meneruskan usaha pemulihan ekonomi negara.

[[BACA: Hanya Dua Jam Masa Dibenarkan Dalam Mall...]]