
Bagi memberi pilihan, Yamaha YZF-R25 turut didatangkan dengan warna
Metallic Cyan untuk menggantikan warna perak kusam (Matte Silver) 2020. Untuk warna biru, ia masih lagi ditawarkan seperti sebelum ini.

Buat masa ini, jentera itu sudah pun berada di pasaran dan setiap pembelian akan diberikan brek cakera Yamaha yang bernilai RM100. Harganya pula, ia dijual pada harga asas iaitu
RM19,998 yang sama seperti sebelum ini.

Spesifikasi lain masih kekal sama dengan menggunakan enjin dua silinder selari bersesaran
249cc DOHC dengan kotak gear enam kelajuan. Ia menghasilkan
35.5hp pada 12,000rpm dan
22.6Nm tork pada 10,000 rpm.

Suspensi hadapan menggunakan
fork terbalik, manakala belakang jenis
monoshock. Ia juga dipadankan tangki bahan api 14 liter, panel instrumen LCD digital penuh dan lampu penukar gear.