,
Hiburan

Yana Samsudin Kongsi Pengalaman Cemas Anak Hampir Kena Sawan

Kamaruddin Razal
14/06/2019
11:25 MYT
Pelakon dan pengacara Yana Samsudin berkongsi kejadian cemas apabila anaknya, Aisy Mateen hampir terkena sawan.
Ketika kejadian itu berlaku, Yana dan suami, pelakon dan pengarah Fadzil Zahari sedang berada di luar atas urusan kerja.
Pelakon filem Wawa Semput itu menceritakan apa yang berlaku menerusi dua buah entri di laman Instagram miliknya.
"Sebenarnya kami ulang alik dari Hospital Batu Pahat ke Johor Bahru. Kelmarin Rabu pagi Jam 3.30 pagi, tengah kami masih lagi gigih nak habiskan meeting kat Johor Bahru dapat satu panggilan dari rumah Yong Peng.
"Memang rare kalau dapat panggilan pagi pagi sipie ni. Mesti ada kecemasan. Rupanya betul, Mateen demam panas sangat sampai macam kena sawan.
"Mak kata badan dia keras kaku. Kami masa tu terus minta diaorang cari klinik 24 jam sementara kitorang nak gerak dari JB.. Tapikan Yong Peng kan pekan kecik tak ada klinik 24 jam. Nasib baik Klinik Kesihatan Yong Peng dekat juga.
"Kami sampai sana pukul 5 pagi. Masa sampai tu Mateen dah diberi ubat punggung. Doktor pun nasihatkan kami untuk terus bawa Mateen ke Hospital Pantai Batu Pahat. Sampai je Hospital, Mateen warded." katanya.

Sebenarnya kami ulang alik dari Hospital Batu Pahat ke Johor Bahru. Kelmarin Rabu pagi Jam 3.30pagi, tengah kami masih lagi gigih nak habis kan meeting kat Johor Bahru dapat satu panggilan dari rumah Yong Peng. Memang rare kalau dapat panggilan pagi pagi sipie ni. Mesti ada kecemasan. ?? . Rupanya betul, mateen demam panas sangat sampai macam kena sawan. Mak kata badan dia keras kaku. Kami masa tu terus minta diaorg cari klinik 24 jam sementara kitorang nak gerak dari JB.. Tapi kan Yong Peng kan pekan kecik takda klinik 24 jam. Nasib baik Klinik Kesihatan Yong Peng dekat juga. . Kami sampai sana pukul 5pagi ? masa sampai tu mateen dah diberi ubat punggung. Doctor pun nasihatkan kami untuk terus bawa Mateen ke Hospital Pantai Batu Pahat . Sampai je Hospital, Mateen Warded.. . So kat sini Yana nasihatkan pada semua, tak kira lah dah ada anak atau dah bercucu ataupun tak kahwin lagi. Yang travel jauh atau nak tinggalkan anak pada penjaga, bawa ubat dan tolong lah bagi ubat ikut masa/dos yang ditetapkan. - 4jam sekali! . Jika panas tak juga kebah, jangan selimutkan dan beri ruang udara panas untuk keluar. . Kalau ada anak anak yang pernah kena sawan pertama kali , peluang untuk kena kali ke2 adalah tinggi! ni dah kena stanby ubat macam ni, . Check suhu pakai thermometer kalau 38' darjah je , kerap basah kan kepala dan bahagian pelipat seperti celah ketiak atau kelengkang dengan tuala basah. Ngiringkan kiri lepas tu masuk kan ubat ni "Febrile fit Suppository Voren " , tuam Tuam dengan kain lembab. Jaga suhu biar turun. . Kalau terkena juga Sawan terus ke hospital, jangan tangguh lagi. Bahaya! Karang tak bernafas biru dak tu Allahuakbar sedihnya kalau berlaku! . Tu lah, apa yang berlaku kat kami kelmarin kami sangat sangat panik. Walaupun anak sedara kami pernah mengalami pengalaman anak nya kena Fit banyak kali. Kami tak rasai saat kecemasaan tu kami cuma dengar je apa yang perlu di lakukan. Dan bayangkan masa kejadian kelmarin tu kami takda di sisi Mateen! ? . Semalam malam juga kami terpaksa ke JB semula untuk lengkap kan meeting. Sedih sebab terpaksa tinggal kan mateen kami yang sebelum ni ceria.. #MateenDanMommy #tipsbolehgunapakai ---sambung cerita next post

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Sambung post sebelum ini ... . . Semalam malam juga kami terpaksa ke JB semula untuk lengkap kan meeting. Sedih sebab terpaksa tinggal kan mateen kami yang sebelum ni kanak kanak riang ceria tapi now sugul je ?. Lagi pun sebab mateen dah kat hospital tak rasa lah akan jadi apa apa sebab siang nya demam dah kebah. Rupanya malam semalam demam datang lagi. . . Now kami dari JB nak ke Hospital Batu Pahat, hantar adik lepas tu terus ke Kuala Lumpur kerana esok Jumaat pagi yana ada Live kat TV9 , 10pagi untuk program istimewa #WowCantikBersamaYanaSamsudin . Esok jangan lupa tengok ya ? ye lah kalau yana takda takda lah rancangan tu nama "bersama YanaSamsudin kan? " ? kena lah ada... . Dalam busy busy ni pula saya yang dah tak datang bulan dah hampir 4 bulan pun tetiba hari ni bleeding. Sakit dan penatnya Ya Allah. Rasa nak tidur aja.... . . Apa pun mohon semua doakan anak saya sihat seperti sedia kala. Tak berat beban kami berbanding yang lain. Cuma nak berkongsi rasa dan ingatan kepada semua . Kalau anak demam tu jangan ambik ringan! Ingat 4 jam sekali ubat minum sirap tu jangan putus.. ??? . . Terima kasih Doktor Soon Chong Chye , staff nurse hospital Pantai Batu Pahat yang tolong jaga mateen dan Doktor dan staff Nurse kat klinik kesihatan Yong Peng lupa nak tanya nama.. sebab kelam kabut masa tu.. dan ramai lagi lah. . . Terima kasih juga kerana mendoakan kesihatan mateen. . . Owh ya ada yang tanya kenapa mata mateen. Mata dia terhantuk vacum ? tu lebam hijau hijau dah nak hilang. #MateenDanMommy #tipsbolehgunapakai

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Yana juga menasihatkan pengikut laman Instagramnya agar tidak bertangguh jika mereka mengalami situasi yang sama.
"Kalau terkena juga sawan terus ke hospital, jangan tangguh lagi. Bahaya! Karang tak bernafas biru dak tu Allahuakbar sedihnya kalau berlaku!
"Tu lah, apa yang berlaku kat kami kelmarin kami sangat sangat panik. Walaupun anak sedara kami pernah mengalami pengalaman anaknya kena Fit banyak kali.
"Kami tak rasai saat kecemasaan tu kami cuma dengar je apa yang perlu di lakukan. Dan bayangkan masa kejadian kelmarin tu kami tak ada di sisi Mateen," kata Yana lagi.
Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil pada 13 April 2015 dan mereka menerima kehadiran Mateen pada 21 Julai 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sedih Tengok Keadaan Anak Yana Samsudin, Garu Leher Sampai Berdarah - “Bukan Eczema Tau…”

gempak
18/06/2024
09:55 MYT
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan bayinya yang mengalami masalah kulit yang teruk sehingga menggaru sampai berdarah.
Hiburan

Yana Samsudin Selamat Bersalin, Terharu Suami Buat Kejutan - “Dia Nak Saya Berehat, Tak Terfikir Akan Berpantang Di…”

gempak
12/01/2024
03:00 MYT
Bestnya suami bagi kejutan macam ni lepas bersalin.
Laman Utama

Alahan Teruk, Yana Samsudin Kini Hamil 6 Bulan - "Saya Diuji Dengan Influenza A Ketika ..."

gempak
21/10/2023
01:00 MYT
Yana Samsudin pernah keguguran tiga kali.
Laman Utama

"Pasu Tu Bukan Di Tangan Saya, Tiba-Tiba Terhempas & Pecah" - Yana Samsudin

gempak
17/04/2023
07:54 MYT
Yana pun cedera kena serpihan pasu pecah.
Laman Utama

Penerbit Buka Mulut Isu Yana Pecahkan Pasu Aliff Syukri - "Ia Berpunca Dari Salah Faham..."

gempak
16/04/2023
03:55 MYT
Salah faham?
Unitar